Wednesday, 28 August 2013

Kalori Makanan seharian.. Jom kira-kira

KURUS...
Semua individu inginkan bentuk badan yang menarik. Kadang kala ada yang mengambil supplement @ produk pelansingan. Ada juga individu yang lansing tanpa pengambilan sebarang produk pelansingan. Bagaimana tu?
Pernahkah anda mengira kalori makanan yang di ambil setiap hari? Pengambilan kalori makanan yang banyak tanpa ada aktiviti yang membakar semula kalori tersebut mengakibatkan berat badan semakin naik. 
Disini saya nak share sedikit maklumat mengenai kandungan kalori bagi beberapa jenis makanan yang kita makan setiap hari.
























Bagaimana pula nak membakar kalori-kalori yang sudah kita ambil setiap hari?
 Tidak semestinya kita perlu bersenam seperti joging, bersukan, bersenam di gym atau berbasikal. Kalori juga boleh dibakar dengan melakukan kerja-kerja rumah, naik turun tangga pejabat, berjalan kaki ke parking kereta. 
DAN ada pernyataan dari Kevinzahri.com


" Bagi anda yang memilih untuk tidak bersenam atau yang mencari cara untuk membakar lebih kalori, di bawah ini terdapat beberapa cara mudah untuk menambah pengeluaran kalori anda.
Tip tingkatkan metabolism ini diambil daripada eBook Panduan Kurangkan 5kg Dalam 5 Minggu.
  1. Naik tangga setiap larian tangga boleh membakar sebanyak 5 kalori. Walaupun hanya 5 kalori, lebih baik daripada tiada langsung.
  2. Letakkan kenderaan anda jauh memaksa anda lebih berjalan. Pada dasarnya, berjalan di mana sahaja dan pada bila masa yang boleh.
  3. Makan dengan lebih kerap. Dengan makan lebih kerap, sememangnya amalan yang patut dilakukan, badan anda akan selalu mencerna makanan dan menjadi lebih aktif.
  4. Makan makanan pedas. Ini memanaskan badan anda, menyebabkan ia membakar kalori lebih banyak lagi.
  5. Hubungan kelamin (seks) adalah senaman yang baik dan dapat membakar banyak kalori.
  6. Sexercise? Tahukah anda bahawa 30min hubungan kelamin (seks) dapat bakar 100 kalori atau lebih?
  7. Ketawa. Boleh mengurangkan stres dan juga membakar kalori.
  8. Kopi dan suplemen metabolisme lain dapat menolong menambahkan pengeluaran kalori.
  9. Bermain dengan anak-anak anda. Bukan sahaja dapat merapatkan hubungan keluarga tetapi senaman yang bagus juga.
  10. Jalan-jalan di pusat membeli belah juga bagus. Lebih anda berjalan, lebih banyak kalori dibakar.
  11. Melakukan kerja rumah. Cuci rumah, basuh baju dan lain-lain kerja rumah adalah salah satu cara bersenam juga."

Supplement atau produk pelansingan yang berada di pasaran membantu anda mempercepatkan proses penurunan berat. Sekiranya anda mengambil produk pelansingan tetapi tidak mengamalkan diet yang sihat, ia tidak akan membantu anda KURUS. 

Saya ingin mengesyorkan beberapa produk Shaklee yang boleh membantu anda menyingkirkan lemak dan membantu pembakaran kalori, menyah toksin dan lemak dari badan dan membina otot untuk mendapatkan bentuk badan yang menarik.

1. Alfalfa - menyingkirkan sisa buangan dan toksin dalam badan
2. Lecithin - memecahkan lemak dan membakar lemak untuk diangkut keluar oleh Alfalfa
2. ESP @ cinch - membina otot tubuh agar tidak gelebeh dan menarik.



WE SHARE, WE CARE

Suriati / Azraie 889338
0134331835

Sumber :-
http://kevinzahri.com/blog
www.mod.gov.my

Tuesday, 27 August 2013

Perihal Telur

Malam ni nak share sikit pasal TELUR...
Anak saya Qistina, suka betul dengan TELUR. Setiap hari pasti berlauk "TELUR KUAH"  (Telur goreng kurang masak, telur kuningnya masih berair). Makan tengahari, makan malam pasti lauk telur lah. kadang-kadang risau terlebih makan telur nanti kolesterol banyak dalam badan...

Tadi terbaca satu status dari FB Dr Hamid Arshat mengenai TELUR

"Ada orang yang takut makan telor , kononya ia meningkatkan cholesterol dan menambah risiko sakit jantong. Ada pula pantang makan telor lepas pembedahan dan lepas bersalin kerana ditakuti luka bernanah. Kesemua itu tidak betul kerana banyak kajian yang menunjukkan tiada kaitan makan telor dengan cholesterol malah ada kajian yang 1-2 biji setiap hari melindungi kesihatan mata,jantung dan otak sebab kandungan amino acid - choline. Kandungan nitrogen dalam telor membantu pemulihan/healing lepas bedah dan trauma. Kandungan vitamin D3 dan sulphur juga jadi pelindung penyakit kanser. Satu kajian keatas wanita2 yang makan 1-2 biji telor setiap hari bolih menurunkan risiko kanser payudara dengan kadar 44%."

Lega rasa bila Dr Hamid kata macam tu. 



Meh kita belajar skit mengenai TELUR

Telur ialah ovum yang dihasilkan oleh haiwan betina untuk pembiakan. Ia sering dipergunakan sebagai makanan, dan merupakan salah satu sumber protein yang baik.
Kebanyakan telur yang boleh dimakan, termasuk telur-telur burung dan penyu, terdiri daripada kulit telur yang keras dan berbentuk bujur, putih telur atau albumen, kuning telur, serta berbagai-bagai selaput yang nipis. Setiap bahagian telur boleh dimakan, walaupun kulitnya biasanya dibuang. Selain itu, telur ikan serta kaviar juga boleh dimakan.

Terdapat beberapa sebab pakar-pakar berpandangan bahawa manfaat telur adalah lebih banyak berbanding kandungan kolesterolnya.
Telur kaya dengan vitamin dan mineral. Sebutir telur bersaiz besar mengandungi 251 miligram choline - lebih separuh daripada yang diperlukan oleh wanita setiap hari.
Choline merupakan satu nutrisi penting terutamanya untuk wanita hamil kerana peranannya dalam pembentukan otak janin sehingga terbentuk menjadi bayi malah memberi kesan kepada memori selepas bayi dilahirkan.
Telur juga kaya sumber yang kaya dengan vitamin K. Sebutir telur mengandungi 25 mikrogram iaitu kira-kira satu pertiga daripada keperluan wanita setiap hari. Vitamin K adalah nutrisi penting untuk membekukan darah.

Sumber :-
https://www.facebook.com/hamidarshat45
http://ms.wikipedia.org/wiki/Telur

Monday, 26 August 2013

Air - Berapa kuantiti air untuk badan?

Air Kosong Untuk Tubuh






Air adalah salah satu elemen yang sangat penting dalam tubuh. Badan kita terdiri daripada 60 peratus cecair manakala organ terpenting dalam tubuh iaitu otak pula mengandungi 75 peratus air. Lihat betapa pentingnya air pada tubuh kita dan perlu diambil dalam kuantiti yang mencukupi agar sistem dalam tubuh mampu bekerja pada tahap optimum dan minda juga menjadi cergas dan bertenaga. 






Pengambilan air yang mencukupi secara konsisten akan membekalkan sumber mineral terpenting dalam keseimbangan tubuh. Air amat penting dan mempunyai pelbagai berfungsi penting dalam menjana tubuh badan yang sihat dan cergas. Antara fungsinya ialah: 
  1. Untuk memastikan tubuh sentiasa terhidrat dan mengawal suhu tubuh pada tahap yang normal.
  2. Air berperanan untuk memastikan supaya organ-organ seperti mulut, mata dan hidung sentiasa dalam keadaan lembap dan berfungsi dengan baik.
  3. Meminum air yang mencukupi akan dapat mengurangkan bebanan kerja buah pinggang dan hati dalam berfungsi menyingkirkan bahan buangan dan toksin menerusi air kencing.
  4. Air adalah gen pembawa nutrien dan oksigen kepada semua sel tubuh yang memerlukan.
  5. Air bertindak sebagai pelincir pada sendi-sendi dan amalan meminum air pada jumlah yang mencukupi dapat menghindari serangan penyakit sendi dalam jangka masa panjang.
  6. Selain itu, air berfungsi melarutkan mineral dan nutrien bagi memudahkan ia diserap tubuh.
Bagaimana untuk mengetahui berapa jumlah air yang perlu diminum? Ada pendapat yang mengatakan lapan  gelas sehari adalah mencukupi tetapi adakah ia benar? Cuba dapatkan jumlah yang perlu anda minum dengan menggunakan formula pengiraan berikut:
Sebanyak satu liter adalah untuk setiap 25 kg berat badan.
Contohnya, katakan berat badan anda ialah 75 kg, maka pengiraannya ialah: 
25 kg= 1 liter
75kg ÷25kg =3 liter

Maka jumlah air yang diperlukan oleh tubuh anda ialah tiga liter.
 
TANDA-TANDA BADAN TERHIDRAT
Air yang diminum keluar dari badan menerusi pelbagai mekanisme tubuh. Dianggarkan sebanyak 1.5 liter dikeluarkan sebagai kencing, manakala satu liter lagi terbebas menerusi proses perpeluhan, pernafasan dan proses penghadaman oleh usus. 
Badan yang tidak mendapat bekalan air yang mencukupi akan menunjukkan petanda seperti kepenatan, kekeringan di dalam mulut, rasa sakit ketika kencing, gejala sembelit, sakit kepala, pertambahan berat badan, sakit otot, ketidakstabilan emosi dan keletihan. Jika anda adalah ibu yang sedang hamil atau sedang menyusukan bayi, pengambilan air yang lebih iaitu tiga hingga lima gelas lebih dari biasa adalah disarankan.

CARA PENGAMBILAN AIR YANG BETUL
Meminum air pada kuantiti yang diperlukan oleh tubuh secara sekali gus adalah cara yang salah. Misalnya badan anda memerlukan 2 liter sehari, maka anda meminum dan menghabiskan jumlah air tersebut dalam masa dua jam sahaja. Perbuatan tersebut adalah sama sekali salah kerana badan tidak mendapat bekalan air yang berterusan untuk menampung pelbagai proses di dalam tubuh sepanjang hari. Jadikan rutin meminum air setiap setengah jam sebagai amalan. Selain itu, minum segelas air antara waktu makan dan segelas air semasa makan pula secara berterusan pula selain dapat memenuhi keperluan tubuh, hal tersebut juga dapat mengurangkan rasa lapar.
Pastikan anda mengambil air pada kuantiti yang kecil seperti segelas setiap kali minum dan usah tunggu sehingga anda rasa haus untuk minum. Bagi anda yang mengalami masalah kesihatan seperti cirit birit atau muntah, anda perlu mengambil air dalam jumlah yang lebih banyak. Penyakit seperti batu karang atau jangkitan pada pundi kencing memerlukan anda meminum lebih banyak air untuk memulihkan kualiti kesihatan. Manakala bagi pesakit kegagalan hati dan buah pinggang pula, mereka  perlulah merujuk pakar untuk mengetahui jumlah air yang boleh diambil kerana amnya pesakit penyakit hati dan buah pinggang tidak boleh meminum air dalam jumlah yang banyak. 
Jika anda sedang bersenam, anda disarankan meminum air sebelum, semasa dan selepas anda bersenam untuk memastikan anda sentiasa mendapat bekalan air yang mencukupi dan menggantikan air yang dikeluarkan menerusi perpeluhan. Cuaca panas terik dan suhu persekitaran yang tinggi juga boleh menyebabkan badan berpeluh lebih daripada biasa. Pastikan anda mengambil lebih banyak air bagi menggantikan jumlah cecair yang dikeluarkan menerusi perpeluhan.
Seandainya anda berada pada altitud 8,200 kaki atau 2,500 meter dari aras laut, anda akan mengalami kencing yang lebih kerap daripada biasa serta kadar pernafasan yang lebih laju. Oleh itu minum lebih banyak air untuk menggantikan jumlah air yang hilang supaya tubuh anda boleh berfungsi dengan baik walau pun berada di aras yang tinggi
Bagi mengetahui sama ada tubuh anda sudah meminum air yang mencukupi atau tidak, anda boleh melihat warna air kencing. Jika ia tidak berwarna bermakna badan anda sudah menerima air yang cukup. Sekiranya  air kencing yang dikeluarkan masih mempunyai warna kekuningan, maka jumlah air masih belum mencukupi dan perlu ditambah.

KELEBIHAN MEMINUM AIR MENCUKUPI
Amalan meminum air pada kuantiti yang mencukupi untuk tubuh bukan sahaja melicinkan proses dalam sistem tubuh, malah boleh memberikan kelebihan-kelebihan iaitu:
  • Dapat menyahtoksikkan badan dengan cara semula jadi.
  • Kulit anda akan kelihatan sentiasa lembap dan
  • Awet muda di mana badan yang sentiasa mendapat bekalan air yang mencukupi  boleh melambatkan proses pengecutan kulit.
  • Badan akan sentiasa cergas dan berasa ringan.
  • Dapat membantu proses mengurangkan berat badan dengan gabungan amalan pemakanan seimbang dan senaman secara konsisten.
  • Minda yang ceria dan emosi stabil.
TIP MINUM AIR DI PEJABAT
Meminum air yang banyak sememangnya tabiat yang sihat yang perlu diamalkan. Bagaimanapun, terdapat banyak kekangan dihadapi kesibukan dan halangan. Berikut adalah beberapa tip yang boleh digunakan:
  1. Boleh sediakan jumlah air yang diperlukan di  dalam sebuah bekas dan bawa ke pejabat. Pastikan anda menghabiskan air tersebut di dalam jangka waktu bekerja.
  2. Sediakan bekas air yang menarik dan mudah dibawa kerana  Hal ini memotivasikan dan menyenangkan  anda meminum air dalam sukatan yang dijadualkan.
  3. Pastikan anda sentiasa membawa air ke mana sahaja anda pergi seperti di bilik mesyuarat atau keluar ketika ada kerja lapangan di luar pejabat.
  4. Anda boleh menjadualkan waktu minum setiap sejam sekali untuk memastikan badan terhidrat dan menerima air mencukupi setiap masa.
INFO:
Awas, jangan meminum air terlalu banyak kerana khuatir akan menyebabkan jumlah elektrolit dalam tubuh akan hilang. Untuk menggantikan elektrolit yang hilang, anda disarankan untuk meminum minuman isotonik atau menambah secubit garam di dalam air kosong sebelum diminum.

 (Sumber: Majalah Pa&Ma Januari 2013)
Ramai yang beranggapan minum air dalam kuantiti yang lebih banyak adalah lebih baik untuk badan mereka. Namun, ramai juga yang tidak mengetahui kesan bahaya sekiranya seseorang itu minum air secara berlebihan dari keperluan badan mereka.
Minum air melebihi jumlah yang diperlukan akan meningkatkan jumlah isipadu darah anda. Darah di dalam badan adalah terdiri daripada sistem peredaran darah yang tertutup. Sekiranya isipadu darah meningkat di dalam badan, ia akan membebankan jantung dan salur darah anda.

Minum air melebihi jumlah yang diperlukan akan meningkatkan jumlah isipadu darah anda. 

Buah pinggang anda pula perlu bekerja ‘lebih masa’ untuk menapis air yang berlebihan keluar dari sistem peredaran darah dalam badan anda. Buah pinggang anda tidak boleh disamakan dengan paip di rumah anda yang mana semakin banyak air melaluinya, semakin bersih keadaan paip tersebut; tetapi sistem penapisan dalam badan pada buah pinggang anda adalah terdiri daripada beberapa siri kapilari khas yang dikenali sebagai glomeruli yang akan menukar darah kepada bentuk urine. Glomeruli anda boleh rosak disebabkan kesan haus dan geseran, dan jumlah air yang banyak di dalam badan juga merupakan salah satu sebab kerosakan buah pinggang.
Regangan fizikal seperti bersenam mengurangkan kebolehan buah pinggang untuk menghantar urine ke pundi kencing untuk dicernakan. Minum terlalu banyak sebelum atau semasa bersenam akan meningkatkan kandungan cecair di dalam badan dan otak, seterusnya menyebabkan sel otak mengembang dan menyebabkan sakit kepala, muntah-muntah, mual, dan boleh mengakibatkan kematian.
Untuk mengelakkan ini berlaku, minum air secukupnya untuk menghilangkan dahaga. Jika anda perlu minum dengan sangat banyak, minum air isotonic seperti Gatorade, 100 Plus atau air isotonic yang lain yang mengandungi vitamin dan elektrolit, bukan semata-mata air.

Oleh itu, berapa jumlah air yang optimum untuk kesihatan yang baik?

Jawapan kepada soalan ini bergantung kepada situasi masing-masing termasuk diet harian anda, amalan bersenam dan juga persekitaran. Apa yang anda benar-benar perlukan adalah cecair yang cukup untuk menggantikan apa yang anda hilang setiap hari samada dalam bentuk peluh, urine, pernafasan, dan proses tubuh yang lain. Itu semua memerlukan 8 – 10 gelas setiap hari.
Jika anda banyak memakan makanan yang mengandungi jumlah air yang banyak seperti sayur-sayuran dan buah-buahan serta serat penuh yang padanya terdapat lebih kurang 4 cawan cecair, anda peprlu menambah sekurang-kurangnya 4 – 6 gelas lagi air.
Jika anda tidak banyak menggunakan garam atau rempah ratus di dalam masakan anda, keperluan untuk minum air adalah lebih rendah. Sebaliknya, jika menambah pengambilan garam dan rempah ratus dalam makanan, anda perlu minum beberapa gelas air dalam sehari.
Tidak kira bagaimana diet harian anda, jika anda seorang yang selalu berpeluh disebabkan bersenam atau selalu terdedah kepada cuaca yang panas, anda perlulah minum air secukupnya untuk badan anda atau makan makanan yang mengandungi air berbanding mereka yang kurang berpeluh. Jika dalam situasi ini selepas anda minum 8 – 10 gelas sehari dan anda masih berasa dahaga juga, anda perlu minum dengan lebih banyak.

Saturday, 24 August 2013

Wanita dan SLE - Sistemik Lupus Eritematosus

Sistemik Lupus Eritematosus (SLE): Panduan untuk Pesakit
Fakta Ringkas
  • Kaum wanita berisiko lebih tinggi, iaitu 10 kali ganda mengidap SLE berbanding dengan kaum lelaki.
  • Rawatan SLE bergantung kepada jenis dan tahap gejala yang dialami.
  • Rawatan SLE biasanya memerlukan penglibatan beberapa pakar dari beberapa disiplin. Pesakit sendiri juga perlu bersikap positif untuk menerima rawatan.
Apakah SLE?
Sistemik lupus eritematosus (SLE), atau lupus, adalah penyakit kronik “autoimmune” di mana antibodi seseorang bertindakbalas dengan tisu badan seseorang pesakit itu sendiri. Ini menjejaskan beberapa bahagian sistem tubuh seperti kulit, sendi, buah pinggang, paru-paru, sistem saraf, atau organ-organ lain di dalam badan. “Lupus” berasal dari perkataan Latin bererti “serigala”. (Ini adalah kerana seorang doktor Perancis yang mula-mula merawat pesakit lupus mengibaratkan tompok-tompok kemerahan di muka pesakit sebagai gigitan serigala.)
Gejala yang biasa dialami oleh pesakit ialah radang kulit dan sakit sendi (arthritis), selalunya di iringi oleh keletihan dan demam. Penyakit SLE ada masanya tidak aktif, iaitu dapat dikawal (remission), dan ada masanya menjadi aktif (relapse).
Terdapat beberapa jenis lupus:
  • Sistemik lupus eritematosus (SLE) ialah yang biasanya dimaksudkan apabila kita sebutkan “lupus”. Gejalanya mungkin sederhana atau serius. SLE biasanya menyerang mereka yang berumur di antara 15 dan 45 tahun. Walaubagaimanapun, sebilangan kecil pengidap SLE adalah kanak-kanak dan mereka yang berusia lebih 45 tahun.
  • Diskoid lupus eritematosus (DLE) merupakan penyakit kulit yang kronik di mana terdapat tompok-tompok merah (malar rash) di muka, kulit kepala, bahagian badan, kaki dan tangan. Kulit yang terlibat akan menjadi tebal dan bersisik serta mungkin meninggalkan parut. Ruam berkenaan boleh berlarutan hingga beberapa hari atau tahun dan kemungkinan akan berulang setelah sembuh. Sebilangan kecil mereka yang mengidap DLE boleh mendapat SLE di kemudian hari.
  • Lupus Neonatal ialah keadaan yang boleh berlaku pada bayi yang baru dilahirkan oleh pengidap SLE. Ini mungkin disebabkan auto-antibodi di dalam darah ibu yang dipanggil anti-Ro (SSA) dan anti-La (SSB). Akibatnya, bayi ini akan mendapat radang kulit, masalah hati, dan masalah darah (low blood counts). Gejala ini akan hilang sedikit demi sedikit dalam masa beberapa bulan. Walaupun kes-kes begini jarang sekali dijumpai, namun bagi bayi yang lahir dengan masalah neonatal lupus mungkin juga mengalami masalah jantung yang mengganggu perjalanan jantung.
Pengambilan sesetengah ubat boleh menyebabkan kesan sampingan yang menyerupai ciri-ciri seakan SLE. Keadaan ini di panggil “drug-induced lupus”. Gejala ini akan hilang jika pengambilan ubat itu diberhentikan. Buah pinggang dan otak jarang terjejas dalam lupus jenis ini.

Siapakah Yang Mendapat SLE?
Dianggarkan lebih kurang 90 peratus mereka yang mendapat SLE adalah kaum wanita, sementara 10 peratus yang lain merupakan kaum lelaki dan kanak-kanak. Bagi kaum wanita, SLE biasanya bermula semasa lingkungan umur boleh melahirkan anak, jarang sekali semasa kanak-kanak atau setelah putus haid.
Adalah dianggarkan di Amerika Syarikat seorang dalam 2,000 mengidap SLE. Di Jamaica pula di anggarkan seorang dalam 250 orang mengidap SLE. Setakat ini, Malaysia tidak mempunyai sebarang statistik untuk pengidap SLE. Ini adalah disebabkan SLE mempunyai pelbagai gejala dan melibatkan pelbagai disiplin, akibatnya penyakit ini amat sukar untuk dikesan.
Statistik di Amerika Syarikat pula menunjukkan wanita Amerika berkulit hitam berisiko lebih tiga kali ganda untuk mendapat SLE berbanding wanita Amerika berkulit putih. Ia juga dikatakan lebih kerap berlaku di kalangan wanita berketurunan Hispanik (Latin Amerika), Asia, dan penduduk asli Amerika. Walaupun SLE boleh melibatkan beberapa orang dalam sebuah keluarga, risiko ahli-ahli keluarga, seperti anak dan adik beradik lelaki atau perempuan, untuk mengidap SLE adalah sangat rendah.

Apakah Yang Menyebabkan SLE?

Walaupun SLE boleh menyerang beberapa orang ahli keluarga, “gene lupus” yang khusus belum lagi dikenalpasti.
Kajian menyarankan ada beberapa “gene” mungkin boleh menentukan kebarangkalian seseorang itu diserang SLE. Gen ini juga dapat menentukan sama ada tisu atau organ yang terlibat serta tahap seriusnya penyakit SLE yang dialami. Bagaimana pun gen sahaja tidak sepenuhnya memainkan peranan. Sebaliknya para saintis sedang mengkaji faktor-faktor lain yang turut menyumbang kepada punca SLE. Antara sebab-sebabnya ialah sinaran cahaya matahari, tekanan emosi, pengambilan ubat-ubat tertentu, dan juga kuman virus.
SLE merupakan penyakit auto-imun yang terjadi apabila sistem daya tahanan badan menjadi bercelaru dan mula melawan tisu-tisunya sendiri. Puncanya tidak diketahui tetapi kemungkinan besar ia disebabkan oleh gabungan faktor-faktor keturunan, alam sekitar, serta hormon. Ia berlaku melalui pengeluaran auto-antibodi yang melawan sel-sel normal seseorang. Itu menyebabkan keradangan pada beberapa bahagian tubuh yang boleh merosakkan organ dan tisu.
Jenis antibodi yang lazim didapati dalam pengidap SLE dipanggil antibodi antinuklear (antinuclear antibody) kerana ia bertindakbalas dengan bahagian nukleus sel. Para saintis masih belum dapat memahami semua faktor yang menyebabkan keradangan dan kerosakan tisu dalam penyakit SLE.

Apakah Gejala-gejala SLE?
Setiap pesakit mempunyai gejala yang berbeza-beza, iaitu samada sederhana atau serius. Gejala ini juga boleh datang dan pergi. Namun gejala SLE yang lazim ialah sendi bengkak dan sakit (arthritis), demam yang tidak diketahui puncanya, dan keletihan yang amat sangat. Terdapat juga tompok-tompok merah (malar rash) di pipi dan hidung seperti bentuk “kupu-kupu”. Ruam juga boleh timbul di muka dan telinga, di bahagian atas kedua lengan dan tangan, bahu dan dada. Oleh kerana pengidap SLE sensitif kepada cahaya matahari (fotosensitif) tompok-tompok merah ini akan menjadi lebih teruk selepas terdedah kepada matahari. Samada seseorang itu mendapat gejala yang serius atau tidak berbeza dari seorang kepada seorang yang lain.

Ciri-ciri penyakit ialah:
  • Demam, keletihan, dan penurunan berat badan
  • Sakit dan bengkak sendi (arthritis) selama beberapa minggu
  • Tompok-tompok merah menyerupai kupu-kupu di pipi dan hidung
  • Tompok-tompok merah di kawasan kulit yang terdedah kepada sinaran matahari
  • Ulser di mulut dan hidung berlarutan lebih sebulan
  • Rambut gugur secara bertompok-tompok atau di sekeliling (hair line)
  • Sawan, strok dan gangguan mental
  • Risiko untuk mendapat darah beku
  • Kerap keguguran bayi
  • Darah atau protin dalam air kencing menunjukkan gangguan sistem buah pinggang
  • Bilangan sel darah putih atau sel darah merah rendah
guide-01
SLE boleh menjejaskan organ-organ dalam tubuh seperti berikut

Buah pinggang
Keradangan buah pinggang (nephritis) mengurangkan keupayaan membuang bahan sisa toksin dalam air kencing. Pesakit yang mengalami gangguan buah pinggang biasanya tidak merasa sakit. Mereka mungkin hanya mengalami bengkak kaki. Ujian air kencing dan ujian darah boleh menunjukkan samada buah pinggang terjejas atau tidak. Untuk mengelak dari kerosakkan yang berlanjutan kepada buah pinggang rawatan ubat-ubatan yang intensif perlu diberi segera untuk mengekalkan fungsi buah pinggang.

Paru-paru
Sebilangan pesakit SLE mendapat pleuritis, iaitu keradangan lapisan paru-paru yang menyebabkan sakit dada atau sakit dada yang terasa semasa menarik nafas. Pesakit juga boleh mendapat kuman dalam paru-paru (pneumonia).

Sistem saraf
SLE boleh menjejaskan otak atau saraf. Pesakit akan mengadu sakit kepala, pening, cepat lupa, kabur penglihatan, sawan, strok, atau perubahan kelakuan.

Saluran darah
Keradangan saluran darah (vaskulitis) boleh melibatkan terganggunya pengaliran darah ke seluruh tubuh. Vaskulitis yang sederhana mungkin tidak memerlukan rawatan, tetapi sebaliknya vaskulitis yang teruk memerlukan rawatan segera.

Darah
Pesakit SLE mungkin mendapat kekurangan darah, kekurangan bilangan sel darah putih atau kekurangan bilangan platelet. Fungsi platelet dalam darah ialah membantu pembekuan. Sebilangan kecil pesakit SLE juga akan berisiko tinggi mengalami masalah perdarahan di mana darah cepat membeku.

Jantung
Pesakit SLE boleh mengalami sakit jantung iaitu keradangan pada tiga lapisan jantung: “perikaditis”, keradangan lapisan luar; “myokarditis”, keradangan bahagian tengah; dan “endokarditis”, keradangan bahagian dalam. Pesakit akan merasa sakit dada atau juga gejala lain. Pesakit SLE juga berisiko tinggi mendapat “arteriosclerosis” (pembuluh darah yang keras).

Bagaimana Untuk Mengesan SLE?
Untuk mengesahkan pesakit mengidap SLE bukanlah suatu yang mudah. Kadangkala para doktor mengambil masa yang lama berbulan atau bertahun untuk mengesan SLE. Itu pun jika pesakit datang secara berterusan kepada seorang doktor untuk mendapat rawatan. Dengan cara ini semua gejala dapat dikumpul dan direkodkan.
Pesakit juga kenalah memberitahu doktor kesemua masalah yang dialami dengan betul dan tepat. Kebolehan berkomunikasi yang berkesan di antara doktor dan pesakit sangat penting. Bagi pihak pesakit, ianya dapat membentuk kefahaman dan kesedaran tentang penyakit SLE. Bagi pihak doktor pula, ianya memerlukan pengetahuan serta pengalaman yang luas untuk mengesahkan diagnosa dengan tepat dan cekap. Di antara perkara yang perlu dilapurkan kepada doktor ialah sejarah kesihatan dan masalah kesihatan yang dialami sehingga kini. Maklumat ini amat membantu dan kritikal untuk menentukan diagnosa. Keputusan pemeriksaan darah dan air kencing serta pemeriksaan fizikal juga amat penting bagi membuat diagnosa yang tepat.
Tidak ada satu sahaja kajian untuk mengesahkan diagnosa dengan tepat. Malah ianya memerlukan beberapa ujian darah dan air kencing. Ujian yang dianggap berkesan ialah ujian bagi menganalisa auto-antibodi dalam darah pesakit SLE, seperti antibodi antinuklear (ANA) yang bertindak melawan komponen nukleus sel tubuh. Kebanyakan pengidap SLE mempunyai antibodi antinuklear. Namun demikian ada penyakit auto-imun dan jangkitan lain juga mempunyai antibodi antinuklear. Kadang kala orang yang sihat juga mempunyai antibodi antinuklear.
Selain dari ujian darah ANA, ada beberapa lagi ujian auto-antibodi yang khusus untuk membantu diagnosa SLE. Ini adalah anti-DNA, anti-Sm, anti-RNP, anti-Ro (SSA), dan anti-La (SSB). Walaubagaimanapun tidak semua pengidap SLE mempunyai keputusan ujian-ujian tersebut yang positif, dan tidak bermakna bila tidak mempunyai antibodi tersebut bukan mengidap SLE.
Biopsi ialah satu lagi ujian yang dijalankan bagi membantu diagnosa SLE dan ini dilakukan dengan mengambil sedikit contoh tisu organ yang terlibat misalnya tisu kulit, tisu buah pinggang, dan sebagainya. Ada juga sesetengah doktor menjalankan ujian antibodi antikardiolipin (antifosfolipid). Jika seorang pesakit SLE mempunyai antibodi ini, terutama pesakit wanita yang hamil, mereka boleh mendapat risiko pembekuan darah serta keguguran bayi. Kesemua ujian-ujian ini adalah sumber maklumat untuk membantu membuat diagnosa. Secara keseluruhannya, sejarah rawatan, gejala dan keputusan ujian dapat membantu membuat diagnosa SLE.
Selain itu, ujian biasa yang selalu dilakukan untuk memantau perkembangan penyakit SLE adalah “FBC” (Full Blood Count), “blood chemistry”, “ESR” (erythrocyte sedimentation rate) dan ujian air kencing. Ini dapat memberi maklumat yang penting. Satu lagi ujian yang biasa dilakukan ialah mengukur paras darah yang dipanggil “complement”. Keputusan ujian darah “ESR” bagi pengidap SLE biasanya lebih tinggi bacaannya, tetapi bacaan paras “complement” darahnya adalah rendah terutama semasa penyakit itu sedang dalam peringkat aktif (flare). Ujian X-ray dan ujian-ujian pengimejan yang lain boleh juga membantu dalam memastikan jika ada organ-organ lain yang terjejas.

Bagaimanakah SLE boleh dirawat?
Merawat SLE adalah merupakan satu cabaran. Rawatannya juga bergantung kepada gejala dan tahap penyakit yang dialami.
Disebabkan pesakit SLE mengalami berbagai gejala kita akan dapat melihat pesakitnya di pelbagai klinik seperti di klinik rheumatologi, dermatologi, nefrologi, hematologi, neurologi dan psykiatrik. Untuk menentukan pesakit SLE dirawat dengan sempurna, pakar-pakar dari pelbagai disiplin perlu bergabung tenaga bagi merawat dan menghalang penyakit SLE dari terus semarak (flare) serta dapat mengawal komplikasi dan menghalang organ-organ yang diserang SLE dari terus rosak.
NSAIDs
Bagi mereka yang mengalami sakit sendi dan otot atau demam, ubat bagi mengurangkan keradangan dipanggil nonsteroidal anti-inflammatory (NSAIDs) biasanya digunakan. NSAIDs sahaja mungkin digunakan atau digabung bersama ubat lain bagi menahan kesakitan, mengawal bengkak dan merawat demam.
Kesan sampingan NSAIDs ialah sakit perut, pedih hulu hati, cirit, dan pengumpulan air seperti kaki bengkak.
Hydroxychloroquine
Ubat anti-malaria yang pada asalnya digunakan untuk merawat malaria didapati amat berkesan untuk merawat SLE. Hydroxychloroquine sahaja boleh diberi atau digabungkan dengan ubat lain. Ianya biasa digunakan untuk merawat keletihan, sakit sendi, sakit kulit, dan keradangan paru-paru. Kajian klinikal mendapati penggunaan berterusan hydrochloroquine boleh menghalang penyakit SLE dari berulang.
Kesan sampingan ialah sakit perut dan kerosakan pada retina walaupun sangat jarang berlaku.
Kortikosteroid
Merupakan rawatan utama untuk SLE. Jenis kortikosteroid yang biasa digunakan ialah prednisolone. Kortikosteroid boleh diberi dalam bentuk pil untuk dimakan, dalam bentuk krim yang disapu pada kulit, atau suntikan. Memandangkan tindakan dan reaksinya yang tersangat kuat dan ketara sekali, penggunaan dalam dos yang rendah adalah diamalkan untuk keberkesanan rawatan.
Kesan sampingan jangka pendek ialah mendapat bengkak muka, tambah selera makan, serta penambahan berat badan. Kesan sampingan ini akan hilang apabila pengambilan ubat ini di hentikan. Namun begitu, pemberhentian pengambilannya dengan secara tiba-tiba adalah merbahaya. Oleh itu doktor akan mengurangkan dos dengan secara sedikit demi sedikit hinggalah ianya boleh diberhentikan. Kerjasama di antara doktor dan pesakit amatlah penting bagi mengelakkan salah faham tentang cara pemberhentian ubat ini.
Kesan sampingan jangka panjang kortikosteroid pula ialah tulang rapuh (osteoporosis), tekanan darah tinggi, paras kolesterol yang tinggi, paras gula dalam darah yang tinggi (diabetes), kerosakkan pada arteri, mudah mendapat jangkitan, dan katarak. Lagi tinggi dosnya dan lebih lama tempoh kortikosteroid diambil maka lagi ketara dan teruklah kesan sampingan yang akan dialami. Doktor akan cuba mengurangkan pengambilannya dengan menggabungkan bersama ubatan yang lain yang kurang kesan sampingan, dan apabila SLE dapat dikawal, dos kortikosteroid akan dikurangkan secara berperingkat. Bagi mengurangkan risiko osteoporosis, pesakit akan diberi ubatan tambahan seperti kalsium, vitamin D, dan lain-lain lagi.
Immunosuppresif
Bagi sesetengah pesakit yang buah pinggang dan sistem saraf pusatnya terjejas oleh SLE, sejenis ubat yang dipanggil immunosuppresif mungkin digunakan. Jenis-jenis immunosuppresif, seperti Cyclophosphamide (Cytoxan) dan mycophenolate mofetil (CellCept), bertindak menghalang sistem imun yang terlalu aktif dengan menyekat pengeluaran antibodi. Immunosuppresif boleh diberi dalam bentuk pil untuk dimakan atau secara infusi (drip). Kesan sampingannya ialah loya, muntah, gugur rambut, masalah pundi kencing, kurang kesuburan, risiko untuk mendapat kanser, serta senang mendapat jangkitan. Kesan sampingan akan lebih ketara jika penggunaan ubat ini dilanjutkan dalam masa yang lama. Seperti juga penggunaan ubatan SLE yang lain, jika ubatan ini diberhentikan ada kemungkinan serangan SLE akan berulang kembali.
Kerjasama yang rapat antara doktor dan pesakit sangat penting untuk memastikan rawatan yang diterima akan memberi kesan yang baik. Pesakit perlu memberitahu doktor dengan segera sekiranya terdapat gejala baru untuk mengesan sebarang kesan sampingan yang memudaratkan. Satu perkara yang perlu diingatkan ialah pesakit tidak boleh menukar ubat dan memberhentikan ubat secara spontan tanpa berbincang dengan doktor mereka terlebih dahulu.
Kualiti Hidup
Walaupun rawatan SLE semakin bertambah baik dan jangka hayat penghidap SLE juga semakin bertambah lama, namun ianya tetap sejenis penyakit kronik yang boleh menghadkan aktiviti seseorang. Biasanya kualiti hidup dibendung oleh gejala seperti keletihan dan sakit sendi. Namun ia bukanlah menggugat nyawa seseorang. Cara yang terbaik mengawal SLE ialah dengan mengambil semua ubat-ubatan seperti yang di tentukan, sering berjumpa doktor anda, dan mempelajari seberapa banyak tentang SLE.
Pesakit-pesakit SLE masih boleh mengekalkan kualiti hidup yang baik, walaupun mereka mempunyai gejala-gejala SLE dan kesan sampingan ubat-ubatan. Satu cara penting untuk menangani SLE ialah dengan memahami impak dari gangguan fizikal dan emosi. Mempelajari mengenal tanda-tanda awal dapat membantu pesakit mengambil langkah-langkah tertentu untuk menghalang atau mengurangkan intensitinya.
Mengamalkan cara hidup yang aktif boleh membantu pergerakan sendi serta boleh mengelakkan risiko sakit jantung. Walaubagaimanapun seseorang pesakit itu tidak boleh terlalu aktif. Pendekatan yang terbaik ialah dengan melakukan senaman ringan berselang seli dengan berehat dan bersantai.
Pesakit-pesakit SLE hendaklah berusaha mengelakkan diri dari terkena sinaran cahaya matahari yang berlebihan. Ini kerana sinaran ultralembayung matahari akan menyebabkan terjadinya ruam pada kulit. Ia juga berkemungkinan akan mencetuskan aktiviti penyakit yang lebih serius lagi. Melindungi diri dengan memakai pakaian berlengan panjang, memakai topi lebar dan payung, serta menyapu krim pelindung cahaya matahari (sun-block) semasa keluar akan dapat melindungi diri daripada komplikasi berkenaan.
Untuk mengekalkan cara hidup sihat, seseorang pesakit SLE perlulah berusaha menjaga kesihatan. Oleh itu sangat penting bagi pesakit SLE mengatur langkah untuk mencapai matlamat kesihatan yang sebenar. Kesihatan itu bermakna badan yang sihat, fikiran yang sihat dan tenang, dan semangat yang kuat. Salah satu matlamat penting kesihatan bagi mereka yang mengidap SLE ialah mengatasi tekanan akibat mempunyai penyakit yang kronik. Cara menangani tekanan secara berkesan adalah berbeza dari seorang keseorang. Di antara pendekatan yang boleh membantu termasuklah senaman, teknik-teknik berehat, dan cara penggunaan masa dan tenaga.
Membina dan mengekalkan sistem sokongan juga amat penting. Sistem sokongan yang berkesan ialah sokongan dari ahli keluarga, rakan-rakan, ahli-ahli perubatan professional, dan kumpulan sokongan seperti Persatuan SLE Malaysia. Dengan menganggotai kumpulan sokongan, seseorang itu akan mendapat bantuan mempertingkatkan emosi, meninggikan maruah dan harga diri, dan mempertingkatkan kemahiran dalam menangani masalah.
Mempelajari tentang penyakit SLE adalah salah satu cara yang terbaik untuk mengenali SLE dengan lebih dekat. Kajian telah menunjukkan bahawa pesakit yang berpengetahuan tentang penyakitnya akan turut sama mengambil bahagian dalam perawatan diri (self-care), kurang rasa sakit, tidak perlu berjumpa doktor dengan terlalu kerap, dan akan terus aktif.

Sumber :- http://www.lupusmalaysia.org

Friday, 23 August 2013

Cadangan Set Budget Shaklee

Mungkin sesetengah pelanggan ingin memiliki supplement Shaklee tapi tidak berkemampuan dan ada juga yang ingin mencuba kehebatan Shaklee ni. Saya mengsyorkan beberapa kombinasi vitamin di tahap minimum bagi sesetengah penyakit atau simptom.

1. Set Kurus > Alfalfa Complex + Lecithin

2. Set Resdung > B-Complex + Alfalfa Complex

3. Set Kesuburan > Zinc Complex + GLA Complex

4. Set Migrain > Ostematrix + B-Complex

5. Set Kesuburan wanita > Alfalfa Complex + GLA Complex

6. Set MilkBooster > Alfalfa Complex + ESP

 
 Cadangan set budget Shaklee


Bukan ini sahaja yang saya tawarkan. Anda boleh kemukakan permasalahan anda dan saya akan cuba mencari kombinasi terbaik bag setiap permasalahan kesihatan anda sebaik mungkin.

~We Share, We Care ~

Suriati / Azraie 889338
0135260075

Thursday, 22 August 2013

Rokok - Kuatnya kuasamu

Malam-malam ni terpikir nak share pasal rokok. Kuasa rokok ni boleh tahan juga kuatnya. Apa tidaknya perokok ni cukup payah nak tinggalkan nya. Lebih berkuasa dari seorang isteri. Betul ke tidak? kalau dah 24 jam berkepit dengan rokok, tak ke rokok ni lebih penting dari isteri.
Mari kita baca mengenai rokok ni, hasil dari carian di internet.

Kandungan Berbahaya Dalam Rokok (Fakta)
 
Setiap batang rokok yang dinyalakan akan mengeluarkan lebih 4 000 bahan kimia beracun yang membahayakan dan boleh membawa maut. Dengan ini setiap sedutan itu menyerupai satu sedutan maut. Di antara kandungan asap rokok termasuklah bahan radioaktif (polonium-201) dan bahan-bahan yang digunakan di dalam cat (acetone), pencuci lantai (ammonia), ubat gegat (naphthalene), racun serangga (DDT), racun anai-anai (arsenic), gas beracun (hydrogen cyanide) yang digunakan di "kamar gas maut" bagi pesalah yang menjalani hukuman mati, dan banyak lagi. Bagaimanapun, racun paling penting adalah Tar, Nikotin dan Karbon Monoksida.

Tar mengandungi sekurang-kurangnya 43 bahan kimia yang diketahui menjadi penyebab kanser (karsinogen). Bahan seperti benzopyrene iaitu sejenis policyclic aromatic hydrocarbon (PAH) telah lama disahkan sebagai agen yang memulakan proses kejadian kanser.

Nikotin, seperti najis dadah heroin, amfetamin dan kokain, bertindak balas di dalam otak dan mempunyai kesan kepada sistem mesolimbik yang menjadi punca utama penagihan. Sindrom ketagihan terhadap nikotin yang ditunjukkan dengan gejala gian, tolerans dan tarikan, adalah mungkin lebih hebat berbanding najis dadah. Malah daripada kajian saintifiknya nikotin itu juga sejenis najis dadah, sepertimana yang telah diiktiraf oleh dunia perubatan. Seseorang yang kehabisan rokok kadangkala berkelakuan seperti mengalami gangguan akal dan dalam keadaan yang amat tertekan sekali. Oleh itu terlalu sukar untuk sesiapa yang telah terjerat dengan ketagihan merokok, meninggalkan tabiat itu untuk selamanya, kecuali dengan ikhtiar yang serius dan kehendak Allah jua.

Nikotin turut menjadi punca utama risiko serangan penyakit jantung dan strok. Hampir satu perempat mangsa pesakit jantung adalah hasil punca dari tabiat merokok. Di Malaysia, sakit jantung merupakan menyebab utama kematian sementara strok adalah pembunuh yang keempat.

Karbon Monoksida pula adalah gas beracun yang biasanya dikeluarkan oleh ekzos kenderaan. Gas ini menjejaskan bekalkan oksigen ke tisu-tisu hingga ianya menjadi terencat dan akhirnya boleh menyebabkan maut sekiranya paras karbon monoksida di dalam badan melebihi 60%.

Apabila racun rokok itu memasuki tubuh manusia ataupun haiwan, ianya akan membawa kerosakkan pada setiap organ disepanjang laluannya, iaitu bermula dari hidung, mulut, tekak, saluran pernafasan, paru-paru, saluran penghazaman, saluran darah, jantung, organ pembiakan, sehinggalah ke saluran kencing dan pundi kencing, iaitu apabila sebahagian dari racun-racun itu dikeluarkan dari badan.


 


Kesan Asap Rokok Kepada Si Perokok Dan Orang Disekeliling
Si perokok bukan sahaja perlu bertanggungjawab pada diri sendiri tetapi turut 

bertanggung jawab pada orang disekeliling akibat daripada bahaya asap rokok. 
Asap rokok yang dihidu oleh perokok atau mereka yang berada di sekelilingnya, 
akan memasuki rongga mulut dan hidung melalui kerongkong ke paru-paru. Kandungan 
asap rokok akan menyebabkan kerosakan tisu di sepanjang perjalanan di ruang ini. Ia 
boleh menyebabkan pelbagai penyakit di mulut, kerongkong, paru-paru dan barah. Asap 
akan melalui saluran pernafasan ke dalam paru-paru dan merosakkan saluran bronkus, 
menyebabkan bronkitis, penyakit di bahagian paru paru. Ia juga akan merosakkan 
pundi udara dalam paru-paru (alveoli) dan menyebabkan penyakit emfisima.

Asap rokok yang dihidu juga akan melalui saluran penghadaman dan pencernaan, yang 

boleh menyebabkan pelbagai penyakit di bahagian esofagus, perut dan pankreas.

Racun dalam asap rokok yang larut air akan memasuki sistem saluran darah dan dibawa 

ke seluruh badan. Bahan nikotin, bukan saja memberi sifat ketagihan, malah menyebabkan 
saluran darah arteri menjadi sempit. Ia juga merosakkan dinding arteri dan akan 
memudaratkan organ berkaitan.

Kesan ini, dalam jangka panjang, akan menyebabkan simptom kebas pada kaki, jari, migrain,

 sakit kepala, pedih ulu hati, kekejangan otot kaki, serangan penyakit jantung dan sebagainya.

Racun rokok akhirnya disaring dalam buah pinggang dan dihapuskan dari badan melalui air 

kencing. Dalam proses ini pula, berlaku satu lagi keracunan hasil penguraian kimia asap 
rokok yang turut merosakkan buah pinggang. Racun dalam air kencing juga menyebabkan
kerosakan pundi kencing.

Racun akibat merokok juga mempunyai kesan tindak balas terhadap ubat-ubatan. 

Secara umum diketahui merokok boleh menjejaskan fungsi beberapa kumpulan 
enzim di hati dan ada kalanya ia boleh memperhebatkan kesan sampingan sesuatu ubat itu.




Kesan Asap Rokok Terhadap Isteri Perokok Adalah :
- Melahirkan bayi yang kurang berat badan
- Melahirkan bayi yang tidak cukup bulan
- Lebih terdedah kepada kanser
- Mengurangkan kesuburan dan putus haid awal

Kesan Asap Rokok Terhadap Anak Perokok :
- Lebih mudah mendapat lelah
- Mendapat jangkitan paru-paru
- Pertumbuhan paru-paru kanak-kanak terganggu
- Mudah menjadi perokok apabila dewasa kelak


Statistik Kematian Akibat Tabiat Merokok
Di Malaysia, merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kematian setahun; 

30 peratus daripadanya disebabkan 10 jenis kanser, iaitu paru-paru, mulut, esofagus, 
tekak, pankreas, pundi kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut, 50 peratus 
 kematian berpunca daripada sakit jantung dan strok dengan pecahan 25 peratus
masing-masing.

Menurut Dr Sallehudin, lebih 100,000 perokok dimasukkan ke hospital kerajaan di seluruh 

negara akibat sakit jantung, kanser dan penyakit sekatan pulmonari kronik (COPD) dan 
lebih penting, negara mengalami kerugian kira-kira RM20 bilion setahun bagi menanggung 
kos rawatan dan kehilangan produktiviti.


Faedah Berhenti Merokok
- Hidup lebih lama
- Dapat menghindari racun
- Dapat melindungi diri, keluarga dan orang lain daripada bahaya merokok
- Menjadi teladan yang baik kepada anak-anak
- Dapat meningkatkan kecergasan serta memiliki tubuh yang sihat
- Meningkatkan deria rasa dan bau
- Gigi lebih putih dan nafas lebih segar
- Dapat mengelakkan budaya membazir dengan menggunakan wang untuk membeli 

rokok kepada tujuan yang lebih baik dan bermanfaat.

Gunakan Kaedah Yang Betul Untuk Berhenti Merokok
- Tetapkan tarikh untuk berhenti merokok
- Yakinkan diri
- Buat nota peringatan
- Katakan pada diri anda, "Aku bukan perokok"
- Tumpukan pada hari ini
- Sentiasa berfikiran positif
- Dapatkan sokongan
- Lawan keinginan untuk merokok
- Gunakan Terapi atau rawatan yang sesuai
- Amalkan Petua 10 M untuk berhenti merokok

Sumber
- http://bahayarokok.blogspot.com/

- Pusat Racun Negara, USM Official Website
- Kementerian Kesihatan Malaysia Official Website
- Institut Kefahaman Islam Malaysia Official Website – IKIM Dalam Media – Berita Harian
- Sabahan.net
- Persendirian


Petikan status FB Dr Hamid Arshad

Leka selak-selak FB, terpantang satu sataus yang di share oleh seorang kawan. Status tersebut dari Fb Dr Hamid Arshad, mengenai usaha untuk mendapatkan zuriat. Saya share sedikit tips dari beliau :-

Bagi mereka yg masih berusaha mendapat zuriatan toiba.

1. Jangan putus asa terus berdoa kpd Allah dan berusaha dapatkan rawatan.
2. Turunkan berat dan kawal disekitar 60 kg.
3. Kurangkan gula dan karbohidrat dalam minuman dan makanan.
4. Minum teh hijau dan fresh juice . Jauhkan fizzy/soft drink dan juice dalam botol atau kotak. Minum air kelapa atau buat juice buah2.
5. Makan lebih sayur2 hijau, ulam2, sop sayur, salad, pecal atau rojak.
6. Makan lebih buah2 . Mulakan setiap sajian makanan dengan buah2, diikuti sayur2.
7. Kurangkan nasi , masak lauk2 - daging , ayam dan ikan yg fresh/segar. Gunakan lebih kunyit, halia, serai dan bawang dalam masakan.
8. Jauhkan fast dan junk foods dan makanan2 yg diperoses yg mengandungi pengawet, perisa dan pemanis.
9. Rehat dan relaks. Ambil cuti bila isteri subur. Boleh kesan kesuburan dengan ujian ovulation.
10. Lakukan exercise dgn berjalan kaki, jogging, tredmill atau berenang 30 minit setiap hari.
11. Supplemen2 - multivtamins, folic, vitamin E dan C, logam2 zinc dan selenium. Fish oil, habbatus sauda.
12. Berbagai2 kaedah rawatan menambah peluang hamil - xray HSG, hydrotubation , D&C, Laparoscopy, IUI, IVF ICSI dan lain2.
13. Setiap pasangan kelamin perlu bersungguh2 dan disiplin untuk mematuhi garis panduan.



Kepada pasangan yang inginkan zuriat, boleh la amalkan kaedah ini. Mungkin usaha anda akan membuahkan hasil

Wednesday, 21 August 2013

Syukur padaMu, temukan aku dengan Shaklee

Saya ni ibu kepada  seorang anak yang sudah berusia 5 tahun. Naluri seorang ibu pasti mahukan anak lagi kan? Tapi  saya hadapi masalah kesuburan. Hormon badan tidak stabil. period pun kekadang ada kekadang takde. Pernah sekali saya tidak datang period selama 8 bulan. Alternatif nya, ambil ubat hormon dari hospital. Ada side effect pulak, setiap kali ambil, pasti sakit kepala... kalau tak ambil, period tak datang. Aishh.. last2 stop terus... lepas berenti makan ubat hormon tu, period pun stop jugak la... 6 bulan pulak tak datang. Ke klinik lagi ambil ubat hormon... dah malas nak ulang alik klinik lah... dah tak peduli la nak datang period ke tak.. feedup..
Kemudian join Shaklee.. niat sebenarnya nak kurus.. sebab masa tu terlalu excited nak kurus. Mula amalkan lecithin dan alfalfa sebab murah... Ahamdulillah dapat turun berat... dan dalam masa yang sama dah dapat la bonus sikit-sikit, itu yang berani beli GLA pulak.. nak cuba la kot-kot berhasil datang period.. Sambil amalkan GLA ni, doa pun tak putus-putus agar dikurniakan lagi cahaya mata.. 
Selepas amalkan GLA bersama beberapa lagi vitamin lain, akhirnya period datang. Ya Allah, rasa gembira tidak terkira. Pelik ek.. period datang pun suka bukan main. Ye lah kan, bagi wanita biasa, period ni kira seksaan bila sengugut datang.Tapi bagi saya itu nikmat kerana seolah2 diri saya lengkap sebagai seorang wanita. Dan saya lebih berkeyakinan untuk berpeluang mengandung lagi... Sape la tak excited nak dapat anak.. Sekarang ni saya akan teruskan amal GLA sehingga saya dikurniakan anak.




Monday, 12 August 2013

Kenapa saya pilih Shaklee?

Saya seorang wanita, isteri dan ibu yang mementingkan keluarga. Dulu saya sangat teruja untuk KURUS!!!.

Kebetulan pula saya dapat mengeluarkn KWSP sepenuhnya (kerja kerajaan dan dah dapat taraf berpencen.. so KWSP dah boleh keluarkan.. kaya sekejap..), saya pun mencari produk-produk nak bagi kurus ni la... Terus iklan diri untuk kurus kt FB sendiri.. huhu.. Ada la kawan-kawan suggest macam-macam produk. Termasuk la Noraini Ahmad (kawan satu unit masa keja kilang elektronik dulu.. hehehe kami ni minah kilang dulu-dulu) tawarkan produk Shaklee ni.. Masa mula-mula dulu tanya dia, cepat tak berat turun? Dia cakap turun secara perlahan-lahan... huh masa tu berlagak sangat nak turun cepat terus tolak pelawaan Ani (sombong la sebab duit banyak kan.. huh mengada-ngada )

Mula-mula saya ambil A***a L***d... excited la nak kurus dengan cepat konon.. tapi tak berjaya jugak.. bukan salah AL tu tau.. salah diri sendiri sebab tak pantang.. Pantang? Yela... bantai makan nasi macam biasa jugak.. mana nak turun.. huh kecewa...

Kemudian ada yang buat tawaran Her*****e pulak.. Maklumla waktu tu kan tengah banyak duit... Mula-mula beli satu set... ha dapat la harga ahli diskaun 25%.. stok untuk sebulan.. ada coaching lagi.. turun la jugak 3 kilo masa tu... Harga Her*****e ni paham-paham je la kan.. tapi produknya memang la diakui memberi kesan yang baik. Pastu teruja nak jana income plak.. Kalau nak jana income kena dapat taraf Supervisor iaitu 50% baru boleh dapat bonus.. nak ke tahap tu kena ada pembelian puluh-puluh ribu dalam tempoh setahun. Hussshhh.. mana nak mencari banyak tu.. maka mula kan dengan step pembelian RM2500 untuk 35% .
Yer.. memang mencapai tahap tu... boleh la jual sikit2 pada kawan-kawan...

Makin lama makin susut duit simpanan... hurmmm... macam mana nak beli lagi ni.. duit gaji pun tak cukup nak tanggung keluarga... jadi nya saya TAMAT disitu... give up..

Dikala itu saya masih lagi teruja untuk kurus.. maklumlah berat badan 85kg.. encik Suami saya hanya 50kg jer..huhu... jauh beza tuh.. 
Kemudian baru la teringat pada Ani Ahmad (leader saya sekarang ni la.. segan silu contact dia tanya pasal set kurus Shaklee... ani pun bagi keterangan... mula-mula pasal nak kurus.. pastu skit2 pasal jana pendapatan. Dari cerita Ani ni, tak la mahal sangat produk Shaklee ni.. hmmm. tak pe la cuba la dulu.. kalau tak menjadi pun tak pe la.. tak la rugi sangat kan.. (pemikiran masa tu). Ani pun ajak la masuk ahli.. Boleh dapat murah lagi katanya. Lagipun boleh dapat duit jugak. DUIT$$$$$$
Ha.. masa tu memang dah jadi mata duitan dah $$$$$ ... bukan per memikirkan keperluan untuk keluarga tu terlalu banyak... 
Masuk ahli je dulu.. beli barang belum lagi.. pastu sibuk dengan urusan SPR.. 2 bulan meninggalkan kerja-kerja Shaklee ni... masa tu dalam fikiran hanya pikir DUIT$$$ DUIT$$$... promote barang pun tak de sape pun nak order. Aishhh camner nih. Dengan tak malunya tanya pada Ani.. 

" Macam mana nak promote ni? Tak de idea la nak tarik perhatian orang.." 
"Kak, kita kena cuba dulu produk ni dan rasa perubahan pada kita, baru la boleh cerita pengalaman kita dengan hati yang tulus.." Ani Ahmad bersuara.





OH gitu rupanya... Disebabkan Branch Shaklee ni ada di Ipoh, mudah la pembelian barang.. Zaasss.. rembat Alfalfa dam Lecithin... sebab 2 produk ni murah.. hehehe... dan target pun untuk kurus... Alhamdulillah 2 minggu je cuba dah rasa perubahan.. Siap tanya ngan suami lagi.. Ada perubahan tak abang? Suami tak terkata apa... ssshhhhhuuuuuu... hehehe.. 

Kemudian promote la sikit kat kawan-kawan.. ramai yang search internet pasal Shaklee ni.. Alhamdulillah. Ramai yang order. Pastu dari situ la tanya kawan-kawan apa yang diorang rasa selepas guna produk ni. Semua bagi respon yang baik..
Dari situ bermula la episod saya bersama Shaklee.. slow-slow cari maklumat produk, slow-slow buat blog, slow-slow promote kat FB... 

Masa mula-mula saya aktif dengan Shaklee ni, income saya hanya RM11++ itu pun disebabkan rezeki datang bergolek, kebetulan ke Shaklee dan ada seorang akak ni nak beli set Berpantang tapi dia belum ahli.
Akak ni main tangkap muat je la, sape yang masuk ke Shaklee tu terus dia nak minta masuk ahli.. Syukur sangat rezeki dari Allah masa tu. Disebabkan teruja dapat income tu (walaupun ciput..) teruskan promote kat FB.. alhamdulillah bulan kedua dapat la RM80 ( 200++UV) . Wah lagi la seronok. Lagi banyak la promote.. tambah plak bulan Ramadhan ni, keberkatan Allah berikan lebih banyak.. Dapat naik lagi UV (600++UV).. (yang ini belum masuk bonus lagi.. hehehe...) 
Kekadang terfikir mana datang kekuatan untuk semua ni? Ya.. keyakinan pada diri, yakin pada Kuasa Allah, setiap usaha yang dilakukan pasti ada hasil yang MANIS.. Itulah kuasa CINTA Yang Maha Esa. 

Anda bagaimana? Tak mahu lakukan perubahan untuk diri dan keluarga? Saya akui, saya TAMAK kemewahan. Saya sentiasa nak pastikan setiap ahli keluarga saya dapat apa yang mereka kehendaki. Baik anak, suami, mak & abah, adik beradik. Semua ini menjadi ilham untuk saya mencapai target saya. Mesti ada petunjuk atau tanda aras tahap mana kita mahu. 

Tak perlu berfikir panjang untuk berjaya bersama saya. Tak perlu berfikir "AKU BOLEH KE?" "YAKIN KE BOLEH BUAT SEMUA NI?" Setiap orang ada kelebihan sendiri. Everyone can do... Berfikiran positif untuk setiap perkara. Itu kunci kejayaan. 

Sekiranya anda ingin menjana endapatn bersama KELUARGA BESAR JUTAWAN kami, hubungi saya SID Suriati 0134331835. Bimbingan ke arah kejayaan akan diberikan secara online dan juga offline... Zaman sekarang ni boleh sahaja berhubung dengan macam-macam cara. Terpulang pada diri sendiri untuk pilih mana yang terbaik bagi diri.

Renung-renungkan... 


 

~ SAYANG SEMUA~
Suriati /Azraie 889338
0134331835