Saturday, 21 September 2013

Wanita Gemuk dan PCOS

Salam semua.

Kenapa saya nak share info pasal PCOS ni? Kebetulan tadi ada customer bertanyakan set kurus dan set untuk kesuburan. Katanya period nya tak stabil disebabkan kenaikan berat badan. So saya pun suggest la ambil set minimum Alfalfa, Lecithin dan GLA.

Nak tambahkan ilmu pasal apa kaitan berat badan dan hormon tak stabil ni, buka la MR GOOGLE untuk cari info. Terbaca mengenai PCOS ni.
Saya sharekan sikit info yang saya dapat dari blog http://nurdiniayob.blogspot.com



Polycystic ovary syndrome atau PCOS ini sebenarnya adalah suatu keadaan di mana kilang telur atau ovari pada seseorang wanita menjadi bengkak oleh sebab benih-benih telah terperangkap didalam ovari dan tidak boleh menetas pada waktu subur. Maka apabila berlaku keadaan seperti ini lama-kelamaan ovari akan membengkak dan menimbulkan berbagai jenis masalah pada wanita tersebut.
Kejadian penyakit ini kian meningkat di kalangan wanita-wanita di Malaysia ke taraf yang membimbangkan kerana ia menjejaskan kesuburan dan keupayaan mereka untuk hamil dan melahirkan anak.

Wanita yang gemuk, pusingan haidnya tidak teratur dan tumbuh rambut pada kaki, badan atau muka berwaspadalah mungkin anda mengalami masalah kilang ovari bengkak atau ‘polycystic ovary’.


Apakah tanda tanda penyakit Polycystic Ovary?

1) Tidak Subur atau mandul - Kebanyakan dari pesakit-pesakit PCOS datang berjumpa doktor pakar sakit puan sebab sukar hendak hamil walaupun telah lama mencuba. Ada yang telah beberapa tahun berkahwin tetapi masih belum medapat zuriat. Ada yang berjaya mendapat anak pertama dan gagal untuk hamil lagi selepas itu. Mereka ini mudah meningkat berat badan mereka dan seringkali peningkatan ini berlaku secara mendadak.


2) Haid tidak teratur - Tanda yang biasa ialah haid yang tidak teratur, biasanya lambat datang haid dan kadang- kadang jarak antara haid menjadi begitu jauh sekali sampai hingga 3 atau 6 bulan barulah datang haid yang berikutnya. Ada setengah wanita pula sampai setahun tidak datang haid.


3) Gemuk - Tanda lain ialah peningkatan berat badan menyebabkan wanita itu gemuk atau obese. Seringkali peningkatan berat badan ini berlaku secara mendadak selepas ia berkahwin dan pada ketika itu pusingan haid pun menjadi lebih tidak teratur dan kesuburan mereka sangat kurang ataupun langsung tidak subur kerana telur tidak dapat menetas.


4) Darah haid sikit atau/dan berpanjangan - Wanita pula mengalami selain daripada pusingan haid yang begitu panjang jangka waktunya, ialah perdarahan haid yang mungkin berlaku dengan sedikit sekali, tidak seperti biasa haid akan keluar dengan sederhana selama seminggu. Tetapi wanita yang mengidap penyakit polycystic ovary akan mengalami haid yang sangat sedikit hanya menitis selama 2 atau 3 hari. Ada juga dikalangan mereka yang mengalami perdarahan yang berpanjangan sampai 15 hari ataupun 30 hari tanpa berhenti.


5) Tumbuh rambut - Setengah wanita pula tanda-tanda lain ialah tumbuh rambut pada kaki, tumbuh misai dan janggut dan juga tumbuh rambut pada bahagian tangan dan ada kalanya di bahagian dada. Ini menandakan peningkatan dalam hormon lelaki dalam darah wanita tersebut. Iaitu satu keadaan yang sering berlaku dikalangan pengidap penyakit polycystic ovary.


Bagaimana Ia Terjadi??

Sebenarnya punca bagi penyakit ini tidak diketahui. Mungkin satu keadaan semulajadi di mana terdapat kelainan atau gangguan pada enzim yang mengawal pembentukan hormon. Oleh itu biasanya jika dikaji paras hormon dalam darah, kita dapati wanita tersebut terganggu dalam hormon kesuburan mereka iaitu tahap hormon FSH (normal), LH – tinggi, hormon estrogen – tinggi, hormon progesterone – rendah, hormon testosterone (iaitu hormon lelaki) – tinggi. Adalah dipercayai bahawa peningkatan berat badan ada kaitan dengan peningkatan hormon testosterone dengan estrogen dalam darah wanita tersebut.

Mungkin ada ciri atau pengaruh kebakaan atau keturunan dalam penyakit ini. Walau demikian faktor pemakanan iaitu dari segi tabiat dan jenis makanan yang mengandungi banyak karbohidrat dan gula, perisa dan pengawet makan mungkin mempunyai peranan penting dalam kejadian penyakit PCOS.

Faktor stress atau tekanan fizikal dan mental yang timbul dari suasana tegang dalam perkerjaan dan rumah, pergeseran dan konflik di kalangan keluarga atau saudara-mara dan dalam kenderaan ketika memandu mungkin juga ada memainkan peranan dalam kejadian penyakit ini.



Kemudian saya search gambar PCOS ni, terjumpa pula artikel mengenainya dari Harian Metro.



RAMAI wanita sering menganggap kitaran haid tidak teratur sebagai perkara biasa dan tidak diberi perhatian serius. Malangnya, masalah berkenaan mungkin menjadi punca kesukaran untuk menimang cahaya mata kelak.
Menurut Perunding Obstetrik dan Sakit Puan Pusat Perubatan Pantai Cheras, Dr Suriati Akmal Mahari, kitaran haid yang tidak menentu antara gejala menunjukkan seseorang wanita itu mungkin mengalami sindrom ovari polisistik (PCOS), punca lazim menyebabkan seseorang itu kurang subur.
“PCOS adalah satu keadaan penyakit sistem reproduksi yang berlaku ketidakseimbangan hormon dalam badan yang memberi kesan terhadap kitaran haid dan ovulasi. Kajian menunjukkan 90 peratus wanita yang mengalami haid tidak teratur mengalami PCOS dan 30 peratus yang tidak mengalami haid langsung didapati mengidap PCOS.
“Ia adalah masalah paling lazim yang menyebabkan seseorang wanita itu gagal hamil, tetapi malangnya sehingga kini tidak ramai yang menyedarinya.


“Bahkan ramai antara wanita di Malaysia mempunyai gejala ini tanpa disedari kerana ia tidak menunjukkan simptom awal misalnya sakit atau deman yang biasa berlaku seperti penyakit lain.



“Bahkan gadis seusia awal 17 tahun juga boleh dijangkiti PCOS. Selain kitaran haid tidak teratur gejala seperti jerawat, kenaikan berat badan serta pertumbuhan bulu roma yang luar biasa antara simptom awal gejala ini,” katanya, baru-baru ini.

Menurutnya, PCOS boleh mengganggu proses ovulasi dan penghasilan telur yang berkualiti dari ovari, seterusnya menyebabkan wanita berkenaan mempunyai kitaran haid yang tidak menentu dan boleh mengganggu sistem badan yang lain seperti metabolisme dan sistem kardiovaskular.

“Punca PCOS masih belum diketahui sepenuhnya dan penyelidikan sedang dijalankan bagi mengetahui punca sebenar. Antara tanda utama PCOS termasuklah tiada ovulasi, ovari yang bengkak yang mengandungi sista kecil di dalamnya.

“Kebanyakan gejala ini berlaku pada wanita berusia 20 hingga 30 tahun tanpa mengira kaum dan budaya. Ia juga kerap terjadi di kalangan sanak saudara tetapi bukan penyakit keturunan,” katanya.

Meskipun ovari mengandungi folikel dengan telur, folikel berkenaan tidak membesar dan matang sepenuhnya untuk menggalakkan ovulasi. Ovari yang tidak bermasalah biasanya menghasilkan satu folikel matang setiap bulan sebelum dikeluarkan bagi proses persenyawaan di saluran falopia.

Begitu pun, ada juga wanita yang mempunyai penampilan ovari normal, tetapi mempunyai gejala lain. Pada dasarnya ovari yang bermasalah ini juga hiperandrogenik, iaitu ovari menghasilkan jumlah hormon lelaki testosterone dan androstenedione berlebihan.

Ini menyebabkan hirsutism atau pertumbuhan bulu yang tidak sepatutnya seperti pada atas bibir dan dagu (misai dan janggut). Ada kalanya keadaan ini juga menyebabkan penambahan berat badan, diabetis dan penyakit kardiovaskular.

Kajian antarabangsa menunjukkan kira-kira 20 peratus daripada wanita yang berusia melebihi 20 tahun mengalami masalah ini, dan lebih daripada 40 peratus wanita yang mempunyai masalah kesuburan adalah disebabkan PCOS.

Ramai wanita mengalami gejala atau simptom yang berbeza antara satu sama lain menyebabkan diagnosa secara klinikal menjadi sukar dilakukan.

Ada juga yang mempunyai simptom ringan seperti jerawat kecil selain simptom lebih teruk seperti tumbuh bulu berlebihan pada muka serta keguguran rambut.



SOALAN LAZIM

Siapa yang berisiko mendapat PCOS
Sesiapa boleh mendapat PCOS tanpa mengira peringkat usia namun kekerapan berlaku lebih kepada wanita berusia 20 hingga 30 tahun. Keturunan turut menjadi penyumbang kepada gejala berkenaan.


Apakah punca PCOS?
Setakat ini tidak diketahui bagaimana ia berlaku tetapi terdapat beberapa teori yang hangat diperkatakan antaranya :


Kekurangan hormon
Ia mungkin disebabkan kekurangan hormon kerana mereka yang mengidap PCOS didapati tidak mengandungi tahap hormon yang secukupnya untuk ovulasi berlaku. Untuk berlaku ovulasi, hormon FSH dan LH mestilah berada dalam keadaan yang seimbang tetapi ia tidak berlaku pada mereka yang mengidap PCOS. Oleh yang demikian, folikel didalam ovari tidak berkembang dan gagal matang seterusnya tiada berlaku ovulasi.


Kebal kepada insulin
PCOS mungkin juga disebabkan oleh badan yang kebal kepada insulin.ini menanmbahkan lagi risiko anovulasi.


Faktor genetik
Ia mungkin disebabkan oleh penyakit keturunan kerana terdapat ramai dikalangan PCOS mempunyai keluarga yang mengidap gejala sama.


Bagaimana mahu mengetahui gejala ini pada diri sendiri?
Sekiranya anda didapati sukar untuk hamil, doktor selalunya akan membuat beberapa ujian untuk memberikan diagnosa yang tepat terhadap masalah anda:

·  Ujian darah Luteinizing Hormone (LH)

·  Ujian darah Follicle Stimulating Hormone(FSH)

·  Ujian darah Progesterone/Testesterone

·  Ujian darah prolaktin

·  Ultrasound Pelvis- rahim dan ovari

Bagaimana merawat masalah ini?

·  Sekiranya anda didiagnosakan mempunyai PCOS, terdapat beberapa jenis rawatan yang boleh menolong anda mengurangkan simtom dan mengembalikan kesuburan anda.

Ubat subur
Adalah ubat kesuburan yang boleh menolong mengalami ovulasi.


Ubat perancang keluarga
Pil ini boleh mengembalikan semula hormon anda dan mengurangkan simptom seperti mengurangkan bulu yang berlebihan dan haid yang tidak teratur. Pil ini selalunya diberikan bagi mereka yang tidak bercadang untuk hamil.


Pembedahan
Sekiranya anda mengalami PCOS dan ubat subur tidak memberikan kesan yang memuaskan, doktor anda mungkin mencadangkan prosedur yang dinamakan ovarian drilling. Ia adalah sejenis pembedahan menyebabkan ovari akan dikorek menggunakan alat khas. 70 peratus wanita mengalami ovulasi selepas menjalani prosedur ini.


Mengenai PCOS

·  Diagnosa PCOS boleh dibuat dengan menjalani ujian darah LH/FSH pada hari kedua atau ketiga haid, ujian tahap testosterone dan imbasan ultrasound.

·  PCOS memberikan wanita lebih risiko untuk mendapat masalah infertiliti disebabkan anovulasi, kencing manis, tekanan darah dan kolesterol yang tinggi, kegemukan dan masalah kanser rahim.

·  PCOS adalah penyakit yang akan dialami seumur hidup dan setakat ini tiada ubat yang boleh mencegahnya. Jarang-jarang, ia hilang dengan sendirinya.

·  Rawatan bergantung kepada wanita sama ada berhasrat untuk hamil atau tidak. Ubatan termasuklah pil hormon dan ubat subur.

Simptom sindrom ovari polisistik (PCOS)

·  Masalah jerawat.

·  Kitaran haid tidak menentu.

·  Hirsutism - pertumbuhan bulu roma yang tidak normal (seperti misai atau janggut).

·  Masalah berat badan - berat badan bertambah ataupun bahagian atas badan lebih besar atau gemuk daripada bahagian bawah.

·  Ovari lebih bengkak daripada wanita lain dan mempunyai lebih daripada satu cista.

·  Keguguran rambut.

·  Kurang subur.

·  Sukar hamil

Rawatan: Terbahagi kepada tiga, iaitu :

·  Ubat - pengambilan ubat seperti Clomid dan suntikan HCG untuk membantu proses ovulasi. Sesuai digunakan untuk wanita yang langsing dan hanya boleh dilakukan bagi tempoh enam bulan sekali atau enam kali saja.

·  Surgeri - pembedahan Laparoscopic Ovarian Drilling yang mana ovari akan ditebuk supaya sista kecil dihapuskan dan ovari lebih senang distimulasikan untuk menghasilkan telur dan ovulasi.

·  In vitro fertilisation (IVF) - jika masih tidak mengandung selepas menjalani semua rawatan tadi, pasangan perlu mempertimbangkan teknik permanian IVF.

Artikel ini disiarkan pada : 2011/09/25  
Oleh HIDAYATUL AKMAL AHMAD

Saya sharekan info ini untuk pengetahuan wanita-wanita semua.. Saya juga mungkin berisiko mengalami PCOS ni.. Alhamdulillah saya sedang cuba menurunkan berat badan dan mengamalkan GLA Complex untuk mengaturkan semula hormon badan. Anda rasa anda juga megalami masalah ini? Cepat-cepat buat pemeriksaan yer...



Share is Care

Suriati / Azraie 889338
0134331835

 

Jalan VS Lari

Sambil bersantai-santai hujung minggu, baca Harian Metro. Tertarik pada satu artikel mengenai kelebihan berjalan. Sedikit petikan dari harian Metro

" Kajian mendapati berlari hanya akan mengurangkan sebanyak 4.2% risiko mendapat tekanan darah tinggi sementara berjalan sebanyak 7%. Berlari dapat mengurangkan kadar risiko kolesterol 4.35 manakala berjalan 7%. 
Bagi pesakit diabetes, aktiviti berjalan akan mengurangkan sehingga 12.3% risiko memperolehinya manakala berjalan hanya 12.1%. Berjalan mnegurangkan risiko penyakit jantung koronari sehingga 9.3 peratus berbanding 4.5% jika berlari. "

Wah, hebat juga yer walaupun berjalan. Ha mulai sekarang, banyakkan berjalan untuk kesihatan jantung anda... 


Macam mana  nak berjalan dengan lebih banyak?

1. Sentiasa bersedia - Spare kasut sukan ditempat kerja atau dalam kereta. Balik kerja dah boleh terus ke taman-taman permainan untuk berjalan

2.Berpakaian yang tepat. Pilih pakaian longgar, pakaian yang nyaman memberikan banyak ruang gerak untuk tangan dan kaki Anda. Selain itu, sepasang kasut yang tepat juga harus dimiliki. Semuanya tidak perlu yang mahal, namun juga jangan membeli yang tidak selesa.

3. Halwa telinga - boleh la pakai earphone dengar lagu-lagu dari handphone anda yang canggih tu. Kelekaan anda mendengar lagu, anda tidak akan sedar berpa jauh anda sudah berjalan.

4. Berjalan-jalan di pasaraya.- ini kegemaran kaum wanita. Bukan hanya berbelanja tapi menjamu mata sahaja boleh menambahkan senaman berjalan kaki.

5.  Ajak rakan bersama - Rakan ini boleh menjadi teman berbicara ketika anda berjalan. Ini boleh menambahkan keselesaan kepada anda.

sumber :- http://duniafitnes.com
Akhbar Harian Metro - 21September 2013

Friday, 20 September 2013

Zat besi (iron) - Pentingnya kepada tubuh manusia

'Iron' (zat besi) elemen yang diperlukan dalam pembentukan darah. Kira-kira 70% 'iron' badan dijumpai dalam sel darah merah dikenali sebagai 'hemoglobin' dan di dalam sel otot dikenali sebagai 'myoglobin'.Hemoglobin diperlukan untuk memindahkan oksigen di dalam darah daripada paru-paru ke tisu badan. Myoglobin, dalam sel otot, menerima, menyimpan, mengangkut dan membebaskan oksigen.

Kira-kira 6 % 'iron' badan adalah komponen sesetengah protein, diperlukan untuk respirasi dan metabolisma tenaga dan sebagai komponen enzim yang terlibat dalam penghasilan kolagen dan beberapa 'neurotransmitter' (agen penghantar maklumat ke otak). 'Iron' juga diperlukan untuk sistem imunisasi untuk berfungsi dengan baik.


Kira-kira 25% 'iron' dalam badan disimpan sebagai ferritin, dijumpai dalam sel dan mengitari darah. Secara purata lelaki dewasa memiliki kira-kira 1,000 mg 'iron' simpanan (cukup untuk 3 tahun), di mana wanita secara purata memiliki hanya 300 mg (cukup untuk 6 bulan). Apabila pengambilan 'iron' melalui diet terlalu rendah, 'iron' simpanan turut akan berkurang (iron depletion) dan menurunkan aras hemoglobin. Kekurangan 'iron' berterusan dikenali 'iron-deficient erythropoiesis' dan semakin teruk penurunannya dikenali sebagai 'iron deficiency anemia'.

Kehilangan darah di atas sebab-sebab tertentu menyebabkan 'iron deficiency'. Bagi lelaki dan wanita postmenopaus , 'iron deficiency' selalunya menyebabkan kehilangan darah 'gastrointestinal' (sistem penghadaman/perut-usus). Bagi wanita yang didatangi haid, mereka memerlukan lebih 'iron' menggantikan darah dalam tempoh 'period' tersebut.

Bagi penderma darah, mereka akan kehilangan kira-kira 200 - 250 mg 'iron'. Semasa tempoh pertumbuhan bayi, kanak-kanak dan orang dewasa, keperluan 'iron' melebihi bekalannya dalam diet dan simpanan. 'Iron' hilang daripada tisu pertumbuhan semasa MENGANDUNG dan sewaktu pendarahan semasa MELAHIRKAN anak dan selepas kelahiran secara purata sebanyak 740 mg. Ibu MENYUSUKAN anak memerlukan kira-kira 0.5 - 1 mg sehari.

Keperluan 'Iron'

Aras 'iron' kita diperiksa sebelum mendermakan darah bagi menentukan adakah selamat kita berbuat demikian.'Iron' tidak boleh dibina oleh tubuh dan mesti diserap daripada apa yang kita makan. Dewasa memerlukan minimum 1.8 mg 'iron' sehari. Hanya kira-kira 10-30% 'iron'  yang diambil itu diserap dan digunakan oleh badan.

Keperluan 'iron' harian boleh diambil melalui suplemen. Makanan tinggi vitamin C boleh membantu meningkatkan penyerapan iron.

Beberapa makanan yang kaya dengan iron:

-Daging dan tenusu
-Ayam
-Hati (kecuali hati ikan)
-Ikan
-Sayuran hijau
-Brokoli
-Tomato
-Jagung
-Kobis

Supplement apa yang ada Zat Besi?





Semestinya Vita-Lea Iron Formula. Pengambilan 2 tablet sehari dapat membekalkan sumber zat besi kepada tubuh.



From :- page Shaklee2u
Sumber: UCSF Medical Centre

Wednesday, 18 September 2013

Promosi Sempena Bulan Hari Lahir Saya

Bulan September ni bulan kelahiran saya. So saya nak buat promosi untuk anda semua..



 Dengan setiap pembelian RM200 keatas, saya akan berikan POSTAGE PERCUMA!!!




ATAU

PERCUMA SHAKER SHAKLEE (sementara stok masih ada)



Cepat rebut peluang ini sebelum habis bulan September ni.
Datang melawat page saya di https://www.facebook.com/SIDSuria

>> Happy incoming besday... 
>> Suriati / Azraie 889338
>> 0134331835