Saturday, 21 September 2013

Jalan VS Lari

Sambil bersantai-santai hujung minggu, baca Harian Metro. Tertarik pada satu artikel mengenai kelebihan berjalan. Sedikit petikan dari harian Metro

" Kajian mendapati berlari hanya akan mengurangkan sebanyak 4.2% risiko mendapat tekanan darah tinggi sementara berjalan sebanyak 7%. Berlari dapat mengurangkan kadar risiko kolesterol 4.35 manakala berjalan 7%. 
Bagi pesakit diabetes, aktiviti berjalan akan mengurangkan sehingga 12.3% risiko memperolehinya manakala berjalan hanya 12.1%. Berjalan mnegurangkan risiko penyakit jantung koronari sehingga 9.3 peratus berbanding 4.5% jika berlari. "

Wah, hebat juga yer walaupun berjalan. Ha mulai sekarang, banyakkan berjalan untuk kesihatan jantung anda... 


Macam mana  nak berjalan dengan lebih banyak?

1. Sentiasa bersedia - Spare kasut sukan ditempat kerja atau dalam kereta. Balik kerja dah boleh terus ke taman-taman permainan untuk berjalan

2.Berpakaian yang tepat. Pilih pakaian longgar, pakaian yang nyaman memberikan banyak ruang gerak untuk tangan dan kaki Anda. Selain itu, sepasang kasut yang tepat juga harus dimiliki. Semuanya tidak perlu yang mahal, namun juga jangan membeli yang tidak selesa.

3. Halwa telinga - boleh la pakai earphone dengar lagu-lagu dari handphone anda yang canggih tu. Kelekaan anda mendengar lagu, anda tidak akan sedar berpa jauh anda sudah berjalan.

4. Berjalan-jalan di pasaraya.- ini kegemaran kaum wanita. Bukan hanya berbelanja tapi menjamu mata sahaja boleh menambahkan senaman berjalan kaki.

5.  Ajak rakan bersama - Rakan ini boleh menjadi teman berbicara ketika anda berjalan. Ini boleh menambahkan keselesaan kepada anda.

sumber :- http://duniafitnes.com
Akhbar Harian Metro - 21September 2013

No comments:

Post a Comment