Sunday, 27 October 2013

Resepi Menu ESP - mesti lagi enak menikmati ESP

Ramai yang tanya macam mana nak ambil ESP ni? Bancuh dengan air kosong je ker?
HA, kalau nak tahu ESP ni boleh di minum dengan macam-macam cara KECUALI dengan air panas. 
Ok saya share sikit menu-menu untuk ESP yang sedap ni

  1. ESP + Air suam
  2. ESP+ Fresh Milk (sama ada susu kotak atau susu tepung)
  3. ESP + Fresh Milk + kurma (rendam kurma dalam susu..after few hours..blend/shake it and mix with 1 sudu ESP)
  4. ESP + SusuAnmum
  5. ESP + Performance Drink Shaklee + MealShake Shaklee
  6. ESP + Nesvita 3in1
  7. ESP + jus twister tropicana
  8. ESP + Ribena
  9. ESP + any fruit juice ( tembikai, epal, lobak putih,peria,pegaga)
  10. ESP + Milo/Horlicks
  11. ESP + sirap bandung
  12. ESP + fresh milk + 1sudu madu + 1sudu oat + 1sudu serbuk koko (blend) *boleh mix setengah sudu kecikserbuk Shaklee fiber (jika ada)
  13. ESP + KOKO + OAT 
Ha kan, bukan hanya dengan air suam jer... macam-macam boleh buat..
 TAPI.. ada tapi nya jugak..

  • JANGAN BANCUH protin dengan AIR PANAS kerana kandungan zat protein mudah musnah pada suhu yang tinggi.
  • Jangan ambil lebih dari 3sudu besar sehari ..(berat utk buah pinggang proses protin yg berlebihan)

>>>  Suriati / Azraie 889338
>>> 0134331835
>>> FB :- www.facebook.com/SIDsuria

CHIKUNGUNYA - Sakit Demam Tulang

CHIKUNGUNYA

Penyakit demam chikungunya merupakan penyakit endemik (berlaku dengan kerap di sesuatu kawasan atau populasi, sentiasa ada) berpunca daripada virus chikungunya dari keluarga Togaviridae (genus alphavirus). Kes pertama chikungunya direkodkan pada tahun 1952 di Tanzania, Afrika. Mendapat namanya dari bahasa Swahili, chikungunya bererti ‘melengkung ke atas’, merujuk kepada bentuk badan pesakit yang berubah seperti membongkok disebabkan menanggung kesakitan yang teramat.
Dalam tempoh seminggu, pesakit berada dalam keadaan kesakitan yang akut (sangat teruk) sehingga tidak boleh bergerak atau berjalan (kelumpuhan sementara) sekali gus menjejaskan kualiti hidupnya. Pesakit biasanya akan mengalami demam selama lima hingga tujuh hari sebelum beransur-ansur hilang. Ia bagaimanapun boleh berulang kembali. Jangan lupa, chikungunya sekeluarga dengan denggi berdarah. Tambahan pula, gejalanya hampir serupa. Ia juga boleh melemahkan sistem imun tubuh, menyebabkan badan mudah dijangkiti oleh penyakit-penyakit lain.


Diagnos

Chikungunya dikesan melalui ujian darah. Memandangkan kemunculan klinikal bagi chikungunya dan denggi berdarah mirip di antara kedua-duanya, pengesahan makmal adalah penting, apatah lagi di kawasan-kawasan berlakunya kes-kes demam denggi.
Mana-mana individu yang pernah dijangkiti virus ini secara semula jadinya akan membina daya ketahanan yang bertahan lama. Bagaimanapun, sesetengah daripada mereka mungkin mengalami sakit sendi yang berpanjangan dari beberapa minggu ke bulan lamanya dan berulang-ulang dalam tempoh yang agak lama, disebabkan oleh reaksi sendi dan bukannya jangkitan virus.
  
Cara penularannya 

Chikungunya boleh dikatakan ‘bersaudara’ dengan penyakit demam denggi dan demam denggi berdarah kerana ditularkan oleh pembawa yang sama iaitu nyamuk aedes sama ada aegypty mahupun albopictus. Bezanya, jika virus denggi menyerang pembuluh darah, virus chikungunya menyerang sendi dan tulang. Nyamuk aedes lazimnya akan menggigit seseorang yang telah dijangkiti oleh virus chikungunya dan memindahkan darah berkenaan kepada seorang mangsa lain yang sihat.

Seperti halnya demam denggi berdarah, belum terdapat ubat-ubatan mahupun vaksin bagi mencegah chikungunya. Rawatan sedia ada yang diberikan hanya bersifat simptomatik (sokongan, mengikut gejala bagi melegakannya). Misalnya, pesakit diberikan ubat penurun panas atau penahan sakit. Pesakit dinasihatkan banyakkan minum air dan istirahat yang cukup.
Pesakit akan diasingkan dan seboleh-bolehnya elakkan daripada kemungkinan terdedah kepada digigit nyamuk, sebagai salah satu usaha mencegah penyebaran virus itu kepada orang lain.
Bagaimanapun, nyamuk yang membawa darah bervirus di dalam tubuhnya akan kekal terjangkit sepanjang hayatnya. Tiada bukti menunjukkan virus chikungunya dipindahkan oleh nyamuk betina kepada telurnya sebagaimana virus demam denggi.
Seseorang yang telah dijangkiti tidak boleh menyebarkan penyakitnya itu secara langsung kepada orang lain. Proses penularan hanya berlaku menerusi nyamuk pembawa.


Tempoh Pengeraman

Masa di antara gigitan nyamuk pembawa virus chikungunya dengan terjadinya tanda-tanda penyakit chikungunya berlaku di antara satu hingga tujuh hari (paling biasa berlaku dalam tempoh dua hingga empat hari).

Gejala

Simptom-simptom chikungunya secara klinikalnya sangat mirip kepada demam denggi. Ia lazimnya dimulai dengan demam tinggi secara mendadak sehingga mencecah 390 celsius. Lain-lain gejala termasuklah kesejukan, menggigil, ruam pada kaki, tangan dan badan, kurang selera makan, perut meragam, sakit kepala, mata merah, sedikit fotofobia (sensitif kepada cahaya), loya dan muntah.

Gejala paling biasa adalah sakit sendi (artritis atau atralgia) terutamanya di hujung jari, pergelangan tangan dan buku lali, atau rasa ngilu pada tulang.

Seperti penyakit-penyakit arbovirus lain, jangkitan chikungunya juga mungkin tidak menunjukkan sebarang gejala (asimptomatik) atau menyebabkan kesakitan yang teruk dan gejala yang berpanjangan. Mujurlah, chikungunya tidak mematikan seperti denggi berdarah. Ia dikategorikan sebagai penyakit yang sembuh dengan sendirinya. Kalaupun berlaku kematian, ia adalah dalam jumlah yang kecil.

Langkah-langkah pencegahan

Memandangkan tiada rawatan aktif mahupun rawatan pencegahan chikungunya, satu-satunya cara mengelakkan jangkitan adalah dengan mengurangkan pendedahan terhadap jangkitan nyamuk ke tahap maksimum.
Ini termasuklah memusnahkan sarang pembiakan larva bagi menghentikan rantaian kitar hidup dan penularannya. Antara pelbagai pilihan lain bagi melindungi diri anda daripada gigitan nyamuk termasuklah:
  • Tidur menggunakan kelambu
  • Pakai baju berlengan panjang atau berseluar panjang terutamanya ketika berada di luar rumah pada waktu senja bagi mengelakkan pendedahan langsung kulit terhadap gigitan nyamuk aedes
  • Pasang penghadang nyamuk pada tingkap
  • Pasangkan ubat nyamuk lingkaran, elektrik atau menggunakan semburan racun serangga.
  • Biarkan pengudaraan berlaku sama ada dengan kipas angin atau alat penghawa dingin.
  • Sapu krim repelen serangga yang disahkan selamat pada kulit dan pakaian.
 Supplement Shaklee yang dapat membantu 

1. Nutriferon

- Mengaktifkan sistem pertahanan imun dengan aktif/cepat
- Menggerakkan "pasukan cari dan musnah' dalam sistem imuniti badan.
 

2. AJHT
Satu bentuk ekstrak Boswellia yang telah ditunjukkan di dalam kajian klinikal, mampu meningkatkan keselesaan sendi dia dalam jangka masa seawal 5 hari. 
- mampu meningkatkan keselesaan sendi seawal 5 hari
- menyokong kesihatan sendi untuk jangka masa panjang
- meningkatkan fungsi sendi

3. Vita-Lea
 Multivitamin dan mineral yang pertama disipta di dunia. Ia merupakan tablet multi-vitamin yang paling pantas di dunia terlarut di dalam air dan dalam tubuh manusia. 
- menyediakan nutrisi kepad tubuh
- penambahan tenaga segera
- meningkatkan data ketahanan penyakit
- meredakan kesakitan akibat atritis

4. OsteMatrix
 
Apa yang terkandung dalam Ostematrix Shaklee?
- kalsium
- Magnesium
- fosforus
- vitamin D
- zink
- Kuprum
- Manganes
- Boron

KEPENTINGAN KALSIUM
- Menguatkan tulang
- memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas
- memperbaiki masalah haid (pengambilan bersama magnesium)-meringankan kesakitan ketika haid.
- pengalkalian tubuh
- meringankan stress - mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung

KEPENTINGAN MAGNESIUM
- menggalakkan komposisi tulang dan rawan
- membantu sistem saraf
- mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga
- membantu pengecutan otot dan saraf
- menstabilkan denyutan tidak sekata pesakit jantung
- nenudahkan rembesan keluar sisa dari perut dan usus
- menghalang endapan kalsium
- melarut dan mengurangkan formasi batu karang atau batu hempedu
- penting bg individu yang mempunyai masalah fluktuasi glukos

KEPENTINGAN ZINK, BORON, MANGANES DAN KUPRUM
- memelihara metabolism kerangka dan pertumbuhan otot
- menyusun enzim yang diperlukan untuk membaiki tulang, rawan dan menghalan artritis

Sumber :-
http://pmr.penerangan.gov.my

Suriati /Azraie 889338
0134331835

Sunday, 13 October 2013

Diabetes dan Shaklee

MASALAH KESIHATAN : KENCING MANIS

Penyakit kencing manis juga dikenali sebagai diabetes mellitus.

PUNCA
========
Penyakit ini ialah suatu keadaan yang mana terdapatnya ketiadaan atau kekurangan penghasilan insulin, atau badan bersifat rintang terhadap insulin. Insulin ialah suatu hormon yang dihasilkan oleh pankreas. Insulin berfungsi untuk meningkatkan penyimpanan karbohidrat, lemak dan protein. Ia bertanggungjawab untuk proses glikogenesis, iaitu penukaran glukosa kepada glikogen dalam hati dan otot. Insulin juga menyebabkan lipogenesis, iaitu pembentukan trigliserida dan lemak. Ia juga menghalang pemecahan lemak dan meningkatkan penghasilan glukosa dalam hati.

SIMPTON / TANDA-TANDA AWAL
============================
Simptom-simptom yang paling biasa ialah:
v Kerap membuang air kencing
v Sentiasa berasa dahaga
v Selera makan meningkat
v Letih
v Hilang berat badan
v Jangkitan kulit yang kerap, misalnya jangkitan kulat pada kawasan kemaluan
v Luka yang lambat sembuh
v Kadang-kadang penglihatan menjadi kabur
-Ahli keluarga menghidap kencing manis / keturunan
-Berusia 35 tahun ke atas dan mengalami masalah berat badan
Kebanyakan orang mempunyai satu atau lebih simptom tetapi ada orang yang tidak mempunyai sebarang simptom.

KELAS / JENIS
============
Diabetes Primer
Jenis I (IDDM) Jenis ini dikenali sebagai Diabetes Mellitus Bergantung Insulin kerana insulin yang dihasilkan oleh badan adalah sangat rendah dan tidak mencukupi untuk keperluan badan. Bentuk ini lebih kerap ditemui dalam kanak-kanak dan remaja. Hanya 10% daripada pesakit kencing manis yang berusia lebih daripada enam puluh lima tahun menghidapi penyakit kencing manis jenis ini. Keadaan ini boleh dirawat dengan pengawalan pemakanan dan melalui suntikan insulin.
Jenis II (NIDDM) Jenis ini juga juga dikenali sebagai Diabetes Mellitus Tak Bergantung Insulin. 90% daripada kes penyakit kencing manis tergolong dalam jenis ini. Dalam Diabetes Jenis II, pankreas menghasilkan insulin yang tidak mencukupi. Ia biasanya berlaku dalam orang yang berusia lebih daripada 40 tahun. Sebilangan besar pesakit (lebih kurang 85%) adalah gemuk. Keadaan ini biasanya bersifat keturunan. Rawatan biasanya terdiri daripada pengawalan pemakanan sahaja atau pengawalan pemakanan dan pengambilan ubat. Sesetengah pesakit juga memerlukan suntikan insulin.

Diabetes Sekunder
Penyakit kencing manis ini disebabkan oleh penyakit pankreas yang lain, peningkatan permintaan terhadap fungsi pankreas yang tidak normal, seperti dalam penyakit kencing manis semasa mengandung, dan yang disebabkan oleh ubat dan toksin. Lebih kurang 20 hingga 25% wanita yang mengalami diabetes gestasi, atau penyakit kencing manis semasa mengandung, akan mengalami penyakit kencing manis apabila usia mereka telah meningkat. Rawatan bagi diabetes gestasi adalah melalui pengawalan pemakanan sahaja atau pengawalan pemakanan dan pengambilan ubat.

Rawatan
========
Penyakit kencing manis biasanya ia merupakan suatu penyakit seumur hidup. Tujuan rawatan untuk penyakit kencing manis ialah untuk melegakan simptom dan mengembalikan paras gula darah kepada paras normal dan untuk mencegah komplikasi. Penyakit kencing manis yang dibiarkan tanpa kawalan akan menyebabkan kerosakan buah pinggang, mata, kaki dan kulit. Cara mengawal penyakit kencing manis termasuklah pemakanan, penjagaan berat badan, senaman dan ubat.




DIET DAN DIABETES
==================

Pengawalan pengambilan diet adalah salah satu faktor yang penting di dalam pengawalan tahap gula darah. Ini merupakan kunci pengurusan bagi kedua-dua jenis Diabetis Mellitus. Pengambilan diet hendaklah sekata sepanjang hari dan hendaklah konsisten hari demi hari. Diet Diabetis adalah diet yang sihat dan sesuai diikuti oleh semua orang. Bagi pesakit diabetis, mereka perlu berhati-hati dalam pemilihan makanan kerana jenis makanan yang dimakan sangat mempengaruhi paras gula darah. Pengambilan diet harian bergantung kepada beberapa faktor seperti berat badan, umur, pekerjaan dan aktiviti yang dilakukan serta keadaan penyakit anda. Diet harian mestilah seimbang iaitu mengandungi semua zat makanan yang diperlukan oleh tubuh untuk kesihatan yang baik dan memberikan tenaga yang mencukupi bagi menjalankan tugas seharian. Cadangan pembahagian kaori : 15% Protein, 30% Lemak, 55% Karbohidrat.

MATLAMAT RAWATAN DIET

1. Untuk mengawal paras glukosa di dalam darah serta mencegah kehilangan glukosa di dalam urin.
2. Untuk mendapatkan atau mengekalkan berat badan yang bersesuaian dengan ketinggian dan umur.
3. Untuk mengekalkan kalori yang mencukupi bagi melaksanakan aktiviti harian.
4. Untuk menjadikan diet yang baru ini sesuai dengan cara hidup pesakit.
5. Untuk melambatkan atau mengelakkan komplikasi diabetis.

 Prinsip asas diet untuk pesakit Diabetis IDDM dan NIDDM adalah sama. Pesakit perlu memahami
3 perkara penting iaitu:
1. Apa yang hendak dimakan
2. Waktu makan yang sesuai
3. Amaun makan yang boleh dimakan.

NUTRISI YANG DIPERLUKAN
=========================
Kajian mendapati bahawa kekurangan zat galian seperti kromiun dan selenium mempunyai kesan ke atas insiden diabetis. Kromiun mempunyai fungsi untuk menyeimbangkan dan membantu mengekalkan gula darah pada mereka yang berisiko tinggi untuk mendapat diabetis. (P/S : APE PRODUK SHAKLEE YG ADE KROMIUN & SELENIUM?) Kajian juga telah menunjukkan bahawa anti-oksidan seperti vitamin C dan E serta beta keroten ( sejenis vitamin A larut air ) boleh membantu mengurangkan risiko komplikasi yang berkaitan dengan diabetis. (P/S : PRODUK SHAKLEE …VITAMIN C , VITAMIN E & CAROTOMAX KN…?)

PENGAMBILAN SERAT YANG BETUL
===============================
Serat atau serabut diet boleh didapati dalam bentuk larut ( yang larut dalam air - ia membantu penyerapan nutrien ) dan serat tak larut ( tidak dapat dihadam oleh sistem pencernaan - membantu mengelakkan sembelit ). Serat yang tak larut boleh digunakan di dalam usahamengurangkan berat badan kerana ia memberikan kekenyangan. Pengambilan serat larut membantu melambatkan penyerapan gula dan kolestrol ke aliran darah. Saranan pengambilan serat : 30 - 40 gm. sehari.
Contoh makanan yang mengandungi serat :
Sayur-sayuran, ulam-ulaman, buah-buahan, kekacang, bijirin, bijirin sarapan pagi, jagung, pasta dan sebagainya.
(P/S : PRODUK SHAKLEE.. SERAT – ALFALFA KN?)

Suggest supplement Shaklee

sugar control set = VITALEA- multivitamin,
VITAMIN C - membantu dlm penyembuhan luka, mengurangkan asid urik dlm badan,
ALFALFA - bantu dalam mengurangkan keradangan,mencuci usus bagi membuang toksik,meneutralkan asid dlm badan
GLA COMPLEX - membantu mengurangkan sakit dan kebas yang berkaitan dengan masalah kencing manis,dapat membantu mengawal kencing manis (jenis 2) dengan membaiki kadar insulin & kolesterol
ZINC- membantu dalam menyembuhkan luka, Komponen penting bagi insulin
ESP- Menyokong kesihatan imunisasi badan , membantu dalam penyerapan supplement lain dgn lebih baik.

 ~ Credit to Nor Hana ~

Sumber : 1) http://moodpro.tripod.com/inyakit/dia_pg7.htm 2) http://www.efarmasi.com.my/contents/selfcare/selfcare.asp?sfcr=kencingmanis.htm
More Info : http://bernama548.blogspot.com/2011/07/pesakit-kencing-manis-tetap-perlu.html

~ Created by Hanim Mansor SID : 880410 ~

G6PD

G6PD (Glokosa - 6 - Fosfat Dehidrogenase) merupakan sejenis enzim keturunan yang terdapat di dalam sel darah merah manusia. Kekurangan enzim ini boleh memusnahkan sel darah merah apabila terdedah kepada jangkitan, ubatan tertentu ataupun makanan. Apabila sel darah merah tidak lagi mampu mengangkut oksijen dengan berkesan ke seluruh tubuh, keadaan dikenali sebagai anemia hemolytik muncul. Tambahan kepada anemia hemolytik, seseorang yang kekurangan G6PD boleh menjangka beberapa manifastasi klinikal pada keadaan mereka. Ini termasuk demam kuning baru lahir, sakit perut dan/atau sakit belakang, pening, sakit kepala, dispnea (pernafasan tidak teratur), dan palpitasi (Cecil, 1992). Kekurangan (deficiency) G6PD bukanlah satu kecacatan atau penyakit. Ia adalah satu fenomena keturunan yang melibatkan kedua-dua jantina, lelaki dan perempuan, tetapi lebih sering dialami oleh bayi lelaki.



G6PD berlaku akibat mutasi (perubahan) terhadap gen yang terdapat pada kromosom X, iaitu salah satu kromosom yang menentukan jantina seseorang individu. Kromosom X secara tunggal dapat diketemukan dalam sel-sel gamet seperti ovum atau sebilangan nukleus yang terdapat dalam sperma. Oleh itu, kebanyakan pengidap kekurangan G6PD adalah lelaki yang mempunyai padanan kromosom XY, manakala wanita yang mempunyai padanan kromosom XX kebanyakannya adalah sebagai pembawa yang sihat sahaja. Untuk seorang wanita yang mengidap kekurangan G6PD, kedua-dua kromosom X nya perlu mengalami mutasi dimana keadaan seperti ini amat jarang berlaku.

Kebanyakan pengidap masalah kekurangan G6PD biasanya jarang mengalami sebarang gejala atau komplikasi. Pada penghidap yang terdedah kepada bahan-bahan tertentu seperti beberapa jenis antibiotik dan ubat anti malaria, sel darah merah akan mudah terpecah dengan lebih awal dari tempoh matangnya. Akibatnya pesakit akan mengalami gejala penyakit kekurangan darah (anaemia) seperti pucat, sesak nafas, lemah dan tidak bermaya.
Salah satu masaalah yang dialami oleh seseorang dengan kekurangan G6PD timbul sebaik sahaja selepas kelahiran. Demam kuning pada bayi baru lahir adalah keadaan biasa bagi semua bayi baru lahir, tetapi apabila ia berlanjutann, kekurangan G6PD syaki. Demam kuning baru lahir merupakan kekuningan pada putih mata, kulit, dan selaput hingus disebabkan mendakan garam hempedu pada tisu ini. Bagi bayi yang baru lahir, mereka kelihatan kekuningan di seluruh wajah dan tubuh badan. Ini merupakan akibat langsung kekurangan aktiviti enzim G6PD pada hati. Dalam sesetengah kes, demam kuning pada bayi baru lahir cukup teruk untuk menyebabkan kematian atau kecacatan neurologi yang kekal (Beutler, 1994).

Apakah patut lakukan bila anak kekurangan G6PD?
 
Elakkan anak anda dari bahan-bahan yang boleh menyebabkan kemusnahan sel darah merah seperti:
 
*   Memberi  ubat-ubat  sendiri tanpa arahan doktor.
 
*   Ubat gegat.
 
*   Ubat-ubat tradisional, jamu atau ubat sinseh.
 
*   Minyak gosok.
 
*   Kacang parang.
 
Pastikan anda mendapat senarai ubat-ubat yang tidak dibenarkan  kepada bayi yang berpenyakit G6PD sebelum pulang dari hospital.


Sumber :-
http://pama.karangkraf.com/bayi/apa-itu-penyakit-g6pd-1.172324
http://ms.wikipedia.org/wiki/G6PD

Thursday, 10 October 2013

Nak Jadi Ahli?

Shaklee ni sangat istimewa sehinggakan ia menjadi kegilaan ramai. Nak dapatkan pada harga yang murah mestilah menjadi ahli. Kalau ke Shaklee pun, tanpa nombor keahlian mesti tak boleh nak beli barang.

NAK JADI SEBAHAGIAN DARI TEAM JUTAWAN KAMI?
=============================================

Ada 2 cara untuk menjadi ahli

1. Melalui yuran keahlian

Yuran keahlian tersangat rendah jika dibandingkan dengan keistimewaan yang kita akan dapat. YURAN HANYA RM65 (+RM10 untuk pos memberkit). Itupun untuk SEUMUR HIDUP

2. Melalui pembelian barang sebanyak 200 UV keatas

Nilai barang 200 UV ni bersamaan lebih kurang RM620. MAHAL? eh tak lah.. Untung la... barang pun dapat, keahlian PERCUMA, bulan depan dah tentu2 dapat pulangan BONUS.


APA KEISTIMEWAAN MENYERTAI SHAKLEE?
======================================




1. CASH BONUS 

Anda layak untuk mendapat bonus ini sekiranya pembelian dalam satu bulan itu melebihi 150 UV. Semakin banyak UV, semakin tinggi nilai bonusnya.

2. CAR BONUS

Shaklee akan memberikan CAR bonus apabila mencapai kelayakan yang ditetapkan oleh syarikat. TAPI bukan la dapat sebuah kereta yer. Bonus ini adalah dalam bentuk pembiayaan membeli kereta.

3. CONVENTION

Ini ganjaran paling best apabila anda menjadi ahli Shaklee. Pakej percutian dan UMRAH yang ditaja sepenuhnya oleh syarikat. Apa yang penting USAHA untuk capai kelayakan nya. 

NAK BERFIKIR PANJANG LAGI KER? Ramai dah yang merasai keistimewaan ini. Tak kan anda nak duduk diam sahaja. 

MACAM MANA NAK JADI AHLI?
===========================
@ SMS saya Suriati di talian 0134331835

Atau pun nak register sendiri, gunakan ID saya / suami saya sebagai sponsor anda

Mohd Azraie Azuan 
ID 889338

InsyaAllah, saya dan team JUTAWAN akan membimbing anda untuk berjaya.

Wednesday, 9 October 2013

Collagen Powder Shaklee

Shaklee Collagen Powder adalah supplement kolagen yang unggul, mengandungi 4000 mg Kolagen RSS ( Sisik Ikan Merah) proprietari, sejenis kolagen tulen dan bermutu tinggi yang di ekstrak dari sisik Ikan Merah.
7 ramuan utamanya terdiri daripada :-
1.Kolagen dari sisik ikan - sumber kolagen yang premium dengan kurangnya pencemaran dan kadar penyerapan yang tinggi berbanding dengan kolagen haiwan
2. Ekstrak biji Camellia Japonica - terdiri dari asid oleik, satu emolien dan pelembap kulit yang hebat, dan isoflavon , antioksidan semulajadi yang mampu mengurangkan radika bebas.
3. Ekstrak Pfaffia - membantu formasi kolagen dan asid hyaluronic.Mengikat amaun air yang banyak, menghidrat tisu tubuh untuk menjadikan kulit lembut, lembap dan licin.
4. Elastin dari kolage ikan - memelihara kulit menjadi fleksibal tetapi tegang, memberikan reaksi melantun apabila kulit ditarik.
5. Vitamin C - menggalakn penghasilan kolagen dan menentang radikal bebas
Vitamin B- metabolisme karbohidrat, lemak dan protin untuk bebaskan tenaga yang diperlukan untuk penghasilan kolagen dalam sel
6. Ekstrak kekerang - membekalkan pelincir kepada sendi-sendi dan menghidrat mata untuk kelegaan ketidakselesaan mata
7. Lactobacilus Acidophilus - membantu mengimbangi mikroflora usus dan membantu membina semula usus yang sihat yang mampu meningkatkan penyerapan kolagen.

Manfaat Utama Collagen Powder

√ memperlahankan kehadiran kedut-kedut
√ membantu menguatkan dan pertumbuhan rambut
√ kuku menjadi kuat, bintik putih hilang
√ membantu mengurangkan parut, melembapkan kulit
√ membantu menghilangkan tanda penuaan
√ membantu menguatkan tulang
√ membantu mengurangkan geseran sendi tulang
√ membantu mengekalkan otot mata supaya tetap anjal
√ membekalkan nutrisi kepada otak.