Sunday, 27 October 2013

CHIKUNGUNYA - Sakit Demam Tulang

CHIKUNGUNYA

Penyakit demam chikungunya merupakan penyakit endemik (berlaku dengan kerap di sesuatu kawasan atau populasi, sentiasa ada) berpunca daripada virus chikungunya dari keluarga Togaviridae (genus alphavirus). Kes pertama chikungunya direkodkan pada tahun 1952 di Tanzania, Afrika. Mendapat namanya dari bahasa Swahili, chikungunya bererti ‘melengkung ke atas’, merujuk kepada bentuk badan pesakit yang berubah seperti membongkok disebabkan menanggung kesakitan yang teramat.
Dalam tempoh seminggu, pesakit berada dalam keadaan kesakitan yang akut (sangat teruk) sehingga tidak boleh bergerak atau berjalan (kelumpuhan sementara) sekali gus menjejaskan kualiti hidupnya. Pesakit biasanya akan mengalami demam selama lima hingga tujuh hari sebelum beransur-ansur hilang. Ia bagaimanapun boleh berulang kembali. Jangan lupa, chikungunya sekeluarga dengan denggi berdarah. Tambahan pula, gejalanya hampir serupa. Ia juga boleh melemahkan sistem imun tubuh, menyebabkan badan mudah dijangkiti oleh penyakit-penyakit lain.


Diagnos

Chikungunya dikesan melalui ujian darah. Memandangkan kemunculan klinikal bagi chikungunya dan denggi berdarah mirip di antara kedua-duanya, pengesahan makmal adalah penting, apatah lagi di kawasan-kawasan berlakunya kes-kes demam denggi.
Mana-mana individu yang pernah dijangkiti virus ini secara semula jadinya akan membina daya ketahanan yang bertahan lama. Bagaimanapun, sesetengah daripada mereka mungkin mengalami sakit sendi yang berpanjangan dari beberapa minggu ke bulan lamanya dan berulang-ulang dalam tempoh yang agak lama, disebabkan oleh reaksi sendi dan bukannya jangkitan virus.
  
Cara penularannya 

Chikungunya boleh dikatakan ‘bersaudara’ dengan penyakit demam denggi dan demam denggi berdarah kerana ditularkan oleh pembawa yang sama iaitu nyamuk aedes sama ada aegypty mahupun albopictus. Bezanya, jika virus denggi menyerang pembuluh darah, virus chikungunya menyerang sendi dan tulang. Nyamuk aedes lazimnya akan menggigit seseorang yang telah dijangkiti oleh virus chikungunya dan memindahkan darah berkenaan kepada seorang mangsa lain yang sihat.

Seperti halnya demam denggi berdarah, belum terdapat ubat-ubatan mahupun vaksin bagi mencegah chikungunya. Rawatan sedia ada yang diberikan hanya bersifat simptomatik (sokongan, mengikut gejala bagi melegakannya). Misalnya, pesakit diberikan ubat penurun panas atau penahan sakit. Pesakit dinasihatkan banyakkan minum air dan istirahat yang cukup.
Pesakit akan diasingkan dan seboleh-bolehnya elakkan daripada kemungkinan terdedah kepada digigit nyamuk, sebagai salah satu usaha mencegah penyebaran virus itu kepada orang lain.
Bagaimanapun, nyamuk yang membawa darah bervirus di dalam tubuhnya akan kekal terjangkit sepanjang hayatnya. Tiada bukti menunjukkan virus chikungunya dipindahkan oleh nyamuk betina kepada telurnya sebagaimana virus demam denggi.
Seseorang yang telah dijangkiti tidak boleh menyebarkan penyakitnya itu secara langsung kepada orang lain. Proses penularan hanya berlaku menerusi nyamuk pembawa.


Tempoh Pengeraman

Masa di antara gigitan nyamuk pembawa virus chikungunya dengan terjadinya tanda-tanda penyakit chikungunya berlaku di antara satu hingga tujuh hari (paling biasa berlaku dalam tempoh dua hingga empat hari).

Gejala

Simptom-simptom chikungunya secara klinikalnya sangat mirip kepada demam denggi. Ia lazimnya dimulai dengan demam tinggi secara mendadak sehingga mencecah 390 celsius. Lain-lain gejala termasuklah kesejukan, menggigil, ruam pada kaki, tangan dan badan, kurang selera makan, perut meragam, sakit kepala, mata merah, sedikit fotofobia (sensitif kepada cahaya), loya dan muntah.

Gejala paling biasa adalah sakit sendi (artritis atau atralgia) terutamanya di hujung jari, pergelangan tangan dan buku lali, atau rasa ngilu pada tulang.

Seperti penyakit-penyakit arbovirus lain, jangkitan chikungunya juga mungkin tidak menunjukkan sebarang gejala (asimptomatik) atau menyebabkan kesakitan yang teruk dan gejala yang berpanjangan. Mujurlah, chikungunya tidak mematikan seperti denggi berdarah. Ia dikategorikan sebagai penyakit yang sembuh dengan sendirinya. Kalaupun berlaku kematian, ia adalah dalam jumlah yang kecil.

Langkah-langkah pencegahan

Memandangkan tiada rawatan aktif mahupun rawatan pencegahan chikungunya, satu-satunya cara mengelakkan jangkitan adalah dengan mengurangkan pendedahan terhadap jangkitan nyamuk ke tahap maksimum.
Ini termasuklah memusnahkan sarang pembiakan larva bagi menghentikan rantaian kitar hidup dan penularannya. Antara pelbagai pilihan lain bagi melindungi diri anda daripada gigitan nyamuk termasuklah:
  • Tidur menggunakan kelambu
  • Pakai baju berlengan panjang atau berseluar panjang terutamanya ketika berada di luar rumah pada waktu senja bagi mengelakkan pendedahan langsung kulit terhadap gigitan nyamuk aedes
  • Pasang penghadang nyamuk pada tingkap
  • Pasangkan ubat nyamuk lingkaran, elektrik atau menggunakan semburan racun serangga.
  • Biarkan pengudaraan berlaku sama ada dengan kipas angin atau alat penghawa dingin.
  • Sapu krim repelen serangga yang disahkan selamat pada kulit dan pakaian.
 Supplement Shaklee yang dapat membantu 

1. Nutriferon

- Mengaktifkan sistem pertahanan imun dengan aktif/cepat
- Menggerakkan "pasukan cari dan musnah' dalam sistem imuniti badan.
 

2. AJHT
Satu bentuk ekstrak Boswellia yang telah ditunjukkan di dalam kajian klinikal, mampu meningkatkan keselesaan sendi dia dalam jangka masa seawal 5 hari. 
- mampu meningkatkan keselesaan sendi seawal 5 hari
- menyokong kesihatan sendi untuk jangka masa panjang
- meningkatkan fungsi sendi

3. Vita-Lea
 Multivitamin dan mineral yang pertama disipta di dunia. Ia merupakan tablet multi-vitamin yang paling pantas di dunia terlarut di dalam air dan dalam tubuh manusia. 
- menyediakan nutrisi kepad tubuh
- penambahan tenaga segera
- meningkatkan data ketahanan penyakit
- meredakan kesakitan akibat atritis

4. OsteMatrix
 
Apa yang terkandung dalam Ostematrix Shaklee?
- kalsium
- Magnesium
- fosforus
- vitamin D
- zink
- Kuprum
- Manganes
- Boron

KEPENTINGAN KALSIUM
- Menguatkan tulang
- memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas
- memperbaiki masalah haid (pengambilan bersama magnesium)-meringankan kesakitan ketika haid.
- pengalkalian tubuh
- meringankan stress - mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung

KEPENTINGAN MAGNESIUM
- menggalakkan komposisi tulang dan rawan
- membantu sistem saraf
- mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga
- membantu pengecutan otot dan saraf
- menstabilkan denyutan tidak sekata pesakit jantung
- nenudahkan rembesan keluar sisa dari perut dan usus
- menghalang endapan kalsium
- melarut dan mengurangkan formasi batu karang atau batu hempedu
- penting bg individu yang mempunyai masalah fluktuasi glukos

KEPENTINGAN ZINK, BORON, MANGANES DAN KUPRUM
- memelihara metabolism kerangka dan pertumbuhan otot
- menyusun enzim yang diperlukan untuk membaiki tulang, rawan dan menghalan artritis

Sumber :-
http://pmr.penerangan.gov.my

Suriati /Azraie 889338
0134331835

No comments:

Post a Comment