Tuesday, 26 November 2013

FREE POSTAGE LAGI?

Ha, nak promosi sempena apa pulak kali ni yer?



Ok hari ni 26 November 2013, ulangtahun perkahwinan ke 7.. so sesaja suka2 nak bagi hadiah kat korang semua... Setiap pembelian, tak kira la kecik ker, besar ker. .semua nya FREE POSTAGE 



So sehingga pukul 12 tengahmalam ni je yer... meh cepat rebut peluang ni.. nak untung, order banyak2 ler... 


PM  saya di sini https://www.facebook.com/messages/su.s.sally


atau pun SMS saya yer


Suriati / Azraie 889338
0134331835

Vitamin C - Kelebihannya

Wanita sekarang suka kan wajah yang cantik sehinggakan ada yang sanggup ambil suntikan vitamin C. Oh tidak.. saya takut jarum.. hehe
Nak cara yang paling mudah, amalkan Sustained Release Vita C Plus la... Ia mnegandungi 500mg vitamin C. Sustained release ni membebaskan 100mg vitamin C dalam satu-satu masa, jadi dalam tempoh 5 jam, tubuh anda sentiasa dibekalkan dengan vitamin C.. kalau gitu kulit mesti lah cantik sentiasa..

OK, ape lagi keistimewaan vitamin C ni :-

1. meransang pembentukan collagen - patut la kulit semakin cantik. Nak lagi POWER, ambik bersama Shaklee Collagen Powder.. MANTOP (over pulak)

2. memperbaiki simptom pendarahan - kalau kurang vitamin C, gusi mudah berdarah, kulit lebam, kecederaan lambat pulih. Ha, pernah tak sape2 yang jumpa doktor gigi.. kalau gusi berdarah ni, doktor kata kurang makan sayur... ha betul la tu.. kurang vitamin C

3. Peningkatan sistem imun - Membina sel darah merah yang sihat untuk peneyrapan zat besi, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, menyingkatkan waktu pemulihan dan kurangkan simptom flu ... kalau selsema selalu disuruh makan buah oren kan...

4.  Memerangi kanser - Vitamin C satu-satunya anti-oksidan yang berkuasa, mampu meningkatkan interferon semuajadi tubuh dan meransang pengeluaran T-cells untuk melawan sel kanser dan membuang bahan kimia berbahaya dari tubuh

5. mampu menghapuskan radikal bebas sebelum ia menyerang sel-sel kita

6. mencantikkan kulit - melambatkan penuaan, meyekat pembentukan pigmen, penyebab utama jeragat

7. memperbaiki insomnia dan keresahan

8. mengekalkan kolesterol sihat - mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghalang pendarahan dalaman.


Tahukah anda, Vitamin C boleh lenyap

>>  1 batang rokok mampu melupuskan 50-100mg vitamin C
>> Keresahan akan mempercepatkan penyusutan vitamin C
>> Kontraseptif dan pil penahan sakit akan menyusutkan vitamin C yang banyak






Suriati / Azraie 889338
0134331835



Sunday, 17 November 2013

Diet Harian Wanita Hamil

Bersantai dengan keluarga mertua di rumah adik ipar di Kuala Kangsar. Sambil bersembang belek-belek surat khabar Metro Ahad. Sehelai demi sehelai di belek, sampai la ke segmen Sihat. Oh ada info pasal ibu hamil... boleh masukkan dalm blog ni. Meh nak share sikit yer.

" Menurut Perunding Nutrisi, Indra Balaratnam, cara terbaik untuk mendapatkan bekalan nutrisiyang diperlukan adalah dengan mengikuti panduan pengambilan diet harian berdasarkan piramid makanan Malaysia "

Ibu hamil memerlukan lebih tenaga, protin, kalsium, asid folik dan zat besi. 

Tenaga = ambil makanan yang mengandungi protien seperti daging, ayam, ikan, tofu, telur dan produk tenusu

Keperluan kalori harian 
================
Trimester Pertama - 2000 kalori sehidangan
Trimester kedua - 24000 kalori sehidangan
Trimester ketiga - 2650 kalori sehidangan

Sumber zat besi = kekacang, gandum dan sayuran hijau
kekurangan zat besi boleh mengakibatkan kelahiran pra-matang dan berat bayi yang terlalu rendah

Keperluan kalsium harian = 1,000 mg sehari
Sumber Kalsium = yogurt, ikan kecil, keju dan kekacang

Keperluan asid folik = 600 mikrogram sehari
Sumber asid folik = buah-buahan, kobis, sayuran warna hijau gelap, salada dan telur.
Asid folik penting dalam pembentukan saraf tunjang bayi.

Dalam tempoh kehamilan ini elakkan dari mengambil makanan berikut:-
1. alkohol
2. minuman berkafein
3. makanan mentah


Cara mudah untuk dapatkan keperluan sumber zat harian bagi ibu hamil

1. Zat Besi - Vita-Lea & B Complex
2. Asid Folik - Vita-Lea dan B-Complex
3. Kalsium - OsteMatrix


We Share, We Care
Suriati / Azraie 889338
0134331835

Friday, 15 November 2013

Magnesium - Kenapa ia penting?

Assalamualaikum dan selamat malam..
Sambil layan-layan Maharaja Lawak Mega 2013, godek-godek laptop. Ada dokumen pasal zat Magnesium. Nak share sikit la pasal zat Magnesium ni untuk tubuh kita. Tubuh orang dewasa memerlukan 300-350mg magnesium sehari.

Apa kepentingan Magnesium kepada tubuh kita
 >> Setiap organ dalam tubuh memerlukan Magnesium terutamanya jantung, otot dan buah pinggang
>> menggiatkan aktiviti 300 jenis enzim dan memainkan peranan dalam penjanaan tenaga
>> diperlukan bagi mengawal paras kalsium selain kuprum, zink, kalium, vitamin D dan pelbagai nutrien penting dalam tubuh.
>> mineral penting dalam pengawalan tekanan darah dalam arteri dan merehatkan otot
>> berupaya mengawal paras gula darah pada mereka yang mengalami diabetes jenis 2 (type 2 diabetes)
 Tahu tak kesan kekurangan Magnesium kepada kesihatan kita?
  1. Mudah resah dan panik – Magnesium (Mg) selalunya memastikan tekanan hormon adrenal di dalam kawalan.
  2. Asma – kekurangan mineral ini juga boleh meningkatkan pengeluaran histamine dan kejang bronkial dan sering dialami oleh pesakit asma.
  3. Darah beku – Mg memainkan peranan penting dalam mencegah pembekuan darah dan memastikan darah cair. Ia bertindak seperti aspirin tetapi secara semula jadi tanpa kesan sampingan.
  4. Penyakit ’bowel’ (pembuangan) – kekurangan magnesium memperlahankan pembuangan najis yang menyebabkan sembelit, tubuh bertoksin dan kurang penyerapan nutrisi, mengakibatkan radang usus besar.
  5. Cystitis – Mengakibatkan kejang / radang pundi kencing bertambah buruk.
  6. Depresi – hormon Serotonin bergantung kepada mineral ini dalam menentukan mood. Kekurangan magnesium di otak menyebabkan ia lebih terdedah kepada alergen, mengakibatkan simptom yang sama seperti sakit mental
  7. Detoksifikasi – Mineral ini sangat penting untuk menyah bahan toksik dan logam seperti aluminium dan plumbum yang terdapat dalam tubuh seseorang hasil dari pemakanan yang tidak dijaga.
  8. Diabetes – Mg meningkatkan rembesan insulin, memudahkan metabolisma gula. Tanpanya, insulin tidak dapat memindahkan glukos ke dalam sel. Glukos dan insulin terkumpul di dalam darah yang menyebabkan berbagai jenis kerosakan tisu.
  9. Keletihan – Pesakit yang kekurangan magnesium selalunya mengalami keletihan disebabkan oleh puluhan sistem enzim yang tidak berfungsi.
  10. Masalah jantung – Mereka yang mempunyai masalah jantung biasanya kekurangan magnesium. Mg digunakan di hospital untuk masalah akut miokardium dan kardiaks arrhythmia. Seperti otot lain, otot jantung juga memerlukan Mg. Ianya juga digunakan untuk merawat angina (pedih ulu hati) atau sakit dada.
  11. Darah tinggi – Tanpa Mg yang mencukupi, saluran darah menjadi kejang dan kolesterol meningkat, ini mengakibatkan masalah tekanan darah.
  12. Hipoglycemia – Mg memastikan insulin berada di dalam kawalan, tanpanya boleh mengakibatkan gula dalam darah berada pada paras terendah.
  13. Imsonia – pengeluaran melatonin terganggu jika kekurangan magnesium.
  14. Masalah buah pinggang – Kekurangan magnesium menyebabkan pengerasan arteri buah pinggang (atherosklerotik). Kekurangan magnesium menjadikan paras lipid tidak normal dan memburukkan kawalan gula darah bagi pesakit yang melakukan pemindahan buah pinggang.
  15. Penyakit hati mengakibatkan kegagalan hati – disebabkan oleh kekurangan magnesium.
  16. Migrain – keseimbangan hormon Serotonin bergantung kepada Mg. Kekurangan serotonin boleh menyebabkan migrain, sakit kepala dan kemurungan.
  17. Kondisi Musculoskeletal – Fibrositis, fibromyalgia, kejang otot, mata mengerenyit, kejang / sakit leher dan belakang yang kronik disebabkan oleh kekurangan magnesium dan boleh disembuhkan dengan pengambilan Mg.
  18. Masalah saraf – Mg melegakan gangguan saraf peripheral di seluruh tubuh seperti migrain, kontraksi otot, kejang gastrointestinal, betis, kaki dan jari kaki. Ia juga digunakan dalam merawat simptom saraf pusat vertigo.
  19. Obstetrics dan Gynecology -Mg boleh mencegah sindrom premenstrual; mencegah dysmenorrhea (kejang semasa haid); penting dalam merawat masalah ketidaksuburan; mengurangkan kontraksi pramatang, preeclampsia dan eclampsia semasa mengandung. Intravena Mg (Intravenous) diberikan dalam rawatan obstetrical untuk wanita mengandung yang mempunyai masalah tekanan darah tinggi dan mengurangkan risiko palsi serebrum dan Sudden Infant Death Syndrome (SIDS). Mg diperlukan sebagai makanan tambahan untuk wanita mengandung.
  20. Osteoporosis – Tanpa jumlah Mg yang seimbang, kalsium dan Vitamin D tidak dapat diserap, mengakibatkan pereputan tulang.
  21. Sindrom Raynaud – Mg membantu menenangkan saluran darah spastik untuk melegakan kesakitan dan kebas pada jari.
  22. Pereputan gigi – kekurangan magnesium mengakibatkan jumlah fosforus dan kalsium tidak seimbang dalam air liur, mengakibatkan kerosakan gigi
 
(sumber info: ping.busuk.org)
 
sumber makanan yang mengandungi Magnesium 
  • bayam (1/2 cawan) = 80 miligram (mg)
  • mentega kacang tanah (2 sudu makan) = 50 mg
  • kacang bol (1/2 cup) = 45 mg
  • susu, rendah lemak (1 cawan) = 40 mg
 Bagaimana nak pastikan zat Magnesium anda mencukupi setiap hari?
1 hari = 350 mg Magnesium
350 mg = 2 1/4 cawan bayam
               = 14 sudu makan mentega kacang tanah
              = 3 3/4 cawan kacang bol
              = 8 3/4 cawan susu rendah lemak
 
Nak cara lagi senang dan murah?
350 mg = 4 tablet Ostematrix
               =  RM1.70 sehari
 
Suriati / Azraie 889338
0134331835

Tuesday, 12 November 2013

Stress - Semua orang normal pasti stress

Petikan dari Page Dato' Dr Fazilah Kamsah
 
" As salamu'alaikum shbt tersyg. Semua org yg normal pasti mengalami stres. Cuma org yg GILA saja yg tak rasa stres. Antara punca stres: 
1. Cuai ttg ibadah, 
2.hati yg kotor,
3.tak sabar, 
4.terlalu cerewet, 
5.perisau, 
6.nak jaga hati org, 
7. terlalu perfectionist, 
8. kabur & tak pasti apa nak buat, 
9. tiada coping skills, 
10. kesihatan terganggu, etc 
 
Antara cara nak kawal stress: 
1.Solat, zikir dan selawat,
2. Baca al Quran /kitab agama,
3 Hidupkan sunnah,
4.Maafkan semua kesilapan orang lain, 
5.Bersedekah, 
6.Ingatkan mati, 
7.Tidur yang cukup, 
8.Bangun tidur secara konsisten, 
9.Bertenang sebelum tidur, 
10.Elak risau sebelum tidur, 
11.Kawal alat elektronik, 
12.Tilam yang sesuai, 
13.Qoilullah (tidur sebentar sebelum zohor), 
14.Mulakan hari dengan senyum & doa, 
15.Peluk bayi, 
16. Kegiatan riadah atau bersukan, 
17. Mengawal diet, 
18.Membelai org tersyg selalu, 
19.Jadi orang baru, 
20.Senyum selalu, 
21.Urut mengurut, 
22.Mandi air suam, 
23.Ceritakan masalah kepada orang lain/ kaunselor, 
24.Tengok ikan dalam akuarium, 
25. Menangis, 
26.Tukar skrip, bisikan kendiri, 
27.Lebih tegas (asertif), 
28.Tukar imej diri dan tingkat harga diri, 
29.Penafasan yang sempurna, 
30.Bercerita dan mendengar cerita, 
31.Bercuti/ berehat/ bersantai, 
32.Menjerit di tempat yang 'private‘, 
33.Bernasyid/qasidah/ menyanyi, 
34. Muhasabah diri, 
35.Melihat pemandangan atau sesuatu yang menarik dan tenang, 
36.Mendengar muzik, deruan ombak, bunyi burung dan sebagainya, 
37.Beruzlah (berkhalwat), 
38.Bersikap positif terhadap orang lain dan sayangi semua orang, 
39.Nilai semula pegangan dan keutamaan, 
40.Sentiasa redha dan bersyukur, 
41. Minta bantuan pakar/ ulama, 
42. Menonton/ membaca kartun, 
43.Perbaiki komunikasi, 
44.Berterusan berdoa, 
45.Dengar ceramah motivasi & ceramah agama, 
46. Hiasan yang berbunyi bila ditiup angin (wind chimes), 4
7.Minum air masak lebih kurang 2 liter sehari, 
48.Letak gambar belakang pintu, 
49. Gambar dalam dompet/beg tangan, 
50.Gambar atas meja, 
51.Momento kenangan manis, 
52.Buka tingkap (untuk udara/ cahaya/ bunyi burung), 
53.Lihat bunga atau pokok hijau, 
54.Berkebun/bertanam sayur, 
55. Bermain dengan haiwan kesayangan, 
56.Cari kumpulan sokongan yang positif, 
57.Terapi Aroma , 
58. terapi Warna, dan byk lagi. 
Moga Allah rahmati & rawat stres kita. Aameen, wassalam.
 
Jom sama-sama tangani stress untuk hidup yang lebih bernilai... 
 
 
We Share we Care
Suriati / Azraie 889338
0134331835