Friday, 15 November 2013

Magnesium - Kenapa ia penting?

Assalamualaikum dan selamat malam..
Sambil layan-layan Maharaja Lawak Mega 2013, godek-godek laptop. Ada dokumen pasal zat Magnesium. Nak share sikit la pasal zat Magnesium ni untuk tubuh kita. Tubuh orang dewasa memerlukan 300-350mg magnesium sehari.

Apa kepentingan Magnesium kepada tubuh kita
 >> Setiap organ dalam tubuh memerlukan Magnesium terutamanya jantung, otot dan buah pinggang
>> menggiatkan aktiviti 300 jenis enzim dan memainkan peranan dalam penjanaan tenaga
>> diperlukan bagi mengawal paras kalsium selain kuprum, zink, kalium, vitamin D dan pelbagai nutrien penting dalam tubuh.
>> mineral penting dalam pengawalan tekanan darah dalam arteri dan merehatkan otot
>> berupaya mengawal paras gula darah pada mereka yang mengalami diabetes jenis 2 (type 2 diabetes)
 Tahu tak kesan kekurangan Magnesium kepada kesihatan kita?
  1. Mudah resah dan panik – Magnesium (Mg) selalunya memastikan tekanan hormon adrenal di dalam kawalan.
  2. Asma – kekurangan mineral ini juga boleh meningkatkan pengeluaran histamine dan kejang bronkial dan sering dialami oleh pesakit asma.
  3. Darah beku – Mg memainkan peranan penting dalam mencegah pembekuan darah dan memastikan darah cair. Ia bertindak seperti aspirin tetapi secara semula jadi tanpa kesan sampingan.
  4. Penyakit ’bowel’ (pembuangan) – kekurangan magnesium memperlahankan pembuangan najis yang menyebabkan sembelit, tubuh bertoksin dan kurang penyerapan nutrisi, mengakibatkan radang usus besar.
  5. Cystitis – Mengakibatkan kejang / radang pundi kencing bertambah buruk.
  6. Depresi – hormon Serotonin bergantung kepada mineral ini dalam menentukan mood. Kekurangan magnesium di otak menyebabkan ia lebih terdedah kepada alergen, mengakibatkan simptom yang sama seperti sakit mental
  7. Detoksifikasi – Mineral ini sangat penting untuk menyah bahan toksik dan logam seperti aluminium dan plumbum yang terdapat dalam tubuh seseorang hasil dari pemakanan yang tidak dijaga.
  8. Diabetes – Mg meningkatkan rembesan insulin, memudahkan metabolisma gula. Tanpanya, insulin tidak dapat memindahkan glukos ke dalam sel. Glukos dan insulin terkumpul di dalam darah yang menyebabkan berbagai jenis kerosakan tisu.
  9. Keletihan – Pesakit yang kekurangan magnesium selalunya mengalami keletihan disebabkan oleh puluhan sistem enzim yang tidak berfungsi.
  10. Masalah jantung – Mereka yang mempunyai masalah jantung biasanya kekurangan magnesium. Mg digunakan di hospital untuk masalah akut miokardium dan kardiaks arrhythmia. Seperti otot lain, otot jantung juga memerlukan Mg. Ianya juga digunakan untuk merawat angina (pedih ulu hati) atau sakit dada.
  11. Darah tinggi – Tanpa Mg yang mencukupi, saluran darah menjadi kejang dan kolesterol meningkat, ini mengakibatkan masalah tekanan darah.
  12. Hipoglycemia – Mg memastikan insulin berada di dalam kawalan, tanpanya boleh mengakibatkan gula dalam darah berada pada paras terendah.
  13. Imsonia – pengeluaran melatonin terganggu jika kekurangan magnesium.
  14. Masalah buah pinggang – Kekurangan magnesium menyebabkan pengerasan arteri buah pinggang (atherosklerotik). Kekurangan magnesium menjadikan paras lipid tidak normal dan memburukkan kawalan gula darah bagi pesakit yang melakukan pemindahan buah pinggang.
  15. Penyakit hati mengakibatkan kegagalan hati – disebabkan oleh kekurangan magnesium.
  16. Migrain – keseimbangan hormon Serotonin bergantung kepada Mg. Kekurangan serotonin boleh menyebabkan migrain, sakit kepala dan kemurungan.
  17. Kondisi Musculoskeletal – Fibrositis, fibromyalgia, kejang otot, mata mengerenyit, kejang / sakit leher dan belakang yang kronik disebabkan oleh kekurangan magnesium dan boleh disembuhkan dengan pengambilan Mg.
  18. Masalah saraf – Mg melegakan gangguan saraf peripheral di seluruh tubuh seperti migrain, kontraksi otot, kejang gastrointestinal, betis, kaki dan jari kaki. Ia juga digunakan dalam merawat simptom saraf pusat vertigo.
  19. Obstetrics dan Gynecology -Mg boleh mencegah sindrom premenstrual; mencegah dysmenorrhea (kejang semasa haid); penting dalam merawat masalah ketidaksuburan; mengurangkan kontraksi pramatang, preeclampsia dan eclampsia semasa mengandung. Intravena Mg (Intravenous) diberikan dalam rawatan obstetrical untuk wanita mengandung yang mempunyai masalah tekanan darah tinggi dan mengurangkan risiko palsi serebrum dan Sudden Infant Death Syndrome (SIDS). Mg diperlukan sebagai makanan tambahan untuk wanita mengandung.
  20. Osteoporosis – Tanpa jumlah Mg yang seimbang, kalsium dan Vitamin D tidak dapat diserap, mengakibatkan pereputan tulang.
  21. Sindrom Raynaud – Mg membantu menenangkan saluran darah spastik untuk melegakan kesakitan dan kebas pada jari.
  22. Pereputan gigi – kekurangan magnesium mengakibatkan jumlah fosforus dan kalsium tidak seimbang dalam air liur, mengakibatkan kerosakan gigi
 
(sumber info: ping.busuk.org)
 
sumber makanan yang mengandungi Magnesium 
  • bayam (1/2 cawan) = 80 miligram (mg)
  • mentega kacang tanah (2 sudu makan) = 50 mg
  • kacang bol (1/2 cup) = 45 mg
  • susu, rendah lemak (1 cawan) = 40 mg
 Bagaimana nak pastikan zat Magnesium anda mencukupi setiap hari?
1 hari = 350 mg Magnesium
350 mg = 2 1/4 cawan bayam
               = 14 sudu makan mentega kacang tanah
              = 3 3/4 cawan kacang bol
              = 8 3/4 cawan susu rendah lemak
 
Nak cara lagi senang dan murah?
350 mg = 4 tablet Ostematrix
               =  RM1.70 sehari
 
Suriati / Azraie 889338
0134331835

No comments:

Post a Comment