Monday, 16 December 2013

[ Motivasi Minda ] - Petikan Status FB Prof Dr Muhaya


Prof Dr Muhaya
============
Kadangkala apabila terlalu memikirkan tanggapan orang lain terhadap kita, maka kita akan sentiasa dibayangi oleh bermacam-macam tanggapan negatif orang terhadap kita. Gejala seperti ini tidak elok kerana ia menjejaskan keyakinan diri kita. Kehidupan manusia dipengaruhi oleh dua kesedaran iaitu kesedaran ketuhanan dan kesedaran keegoan.

Orang yang ego mempunyai beberapa ciri berikut iaitu:
1. Selalu ingin bersaing dengan orang lain;
2. Merasakan dia sahaja yang betul;
3. Cepat marah;
4. Hendak lebih daripada orang;
5. Suka fikir apa orang kata;
6. Mengukur orang lain berdasarkan apa yang mereka ada seperti pangkat atau harta.

Jika kita mempunyai sifat-sifat di atas, ini membuatkan diri kita akan menjadi stress tetapi sebaliknya jika kita mempunyai kesedaran ketuhanan seperti berikut iaitu:
1. Tidak bersaing dengan orang lain;
2. Selalu mengalah apabila berlaku perselisihan;
3. Sentiasa mencari kebaikan orang;
4. Sentiasa memperbaiki diri;
5. Lemah lembut;
6. Murah hati;
7. Menerima manusia seadanya.
 Apa yang saya belajar sejak saya mengenali Shaklee?
1. Saya lebih banyak jadi seorang yang penyabar. Dulu saya adalah yang KUAT SENTAP.. tahukan sentap tu apa? ha, yang kuat terasa hati, kuat merajuk, kuat marah... pantang ada silap sikit mesti saya melenting dan tarik muka... Alhamdulillah
 2. Saya lebih berasa takut tinggalkan solat.. Kalau dulu asyik miss jer waktu solat. Ini REALITI yer.. Alhamdulillah, Allah dan buka kan hati saya.
3. Saya semakin yakin dengan rezeki yang Allah tentukan. 
4. Saya mula menghargai orang lain.. membantu orang lain yang perlukan bantuan. Dulu RM5 pun payah nak keluarkan.. Bila dah sekali keluar dan percaya atas balasan Allah, alhamdulillah ingin lagi keluarkan walaupun tak banyak.
 Apa lagi ek... Tak pe lah walaupun sedikit tapi beri impak besar kepada kehidupan saya...

No comments:

Post a Comment