Wednesday, 31 December 2014

Anak nombor 2 - Pengalamanku (1)

Tahun 2014 sudah hampir penghujungnya.

Ya, anugerah yang tak terhingga nilainya dapat saya nikmati pada tahun ini. 
Sebahagian dari AZAM 2014 dimakbulkan Allah.
Salah satu darinya, si kecil yang baru menjangkau 4 bulan umurnya.

Jika anda pernah membaca kisah saya yang lalu, saya seorang ibu yang mengalami masalah hormon tidak stabil. Masalah period terganggu kira-kira 3 tahun selepas kelahiran anak pertama.
Ketika itu berat badan mulai naik dengan mendadak. Dari 70 kg meningkat sehingga 87kg. Ya Allah, tembam dan berisi sangat... huhu.

Rawatan? Ya, ada jalani rawatan di hospital. Saya diberi ubat hormon... tapi saya tak tahan kesan sampingan nya tu... MIGRAIN.

Jadinya saya berazam untuk mula turunkan berat badan. Kebanyakan doktor sarankan saya turun berat untuk normalkan semula hormon.

YES, dengan turunkan berat dan juga amalkan GLA Complex dan juga DOA mohon pada Allah, saya hamil pada awal tahun 2014. Sesungguhnya tiada terucap dek kata-kata... Syukur sangat.



Anda nak tahu apa yang saya dan suami amalkan dalam usaha kami untuk menambahkan zuriat?

Isteri 
=====

GLA Complex





B-Complex



Suami
======

Zinc Complex




CoqHealth




Saya dan suami merancang, Allah yang menetukan segalanya. 


~ Produk ini tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet.Ia bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.~





Monday, 15 December 2014

Alhamdulillah, kembali bertugas

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua....

Cuti 3 bulan tak terasa, sekejap aje masa berlalu.
Seronok duk rumah melayan karenah anak-anak.
Hari ni mula bertugas, tapi hati ni tak keruan memikirkan si kecil yang ditinggalkan dengan pengasuh.

Semoga Qaisara baik-baik jer.... tak meragam..


Thursday, 27 November 2014

KOLESTEROL - Baik atau Jahat?

Assalamualaikum, salam sejahtera.

Hari ni nak bercerita pasal kolesterol.
Kolesterol ni baik ke jahat?

Kolesterol ada 2 jenis iaitu HDL dan LDL.
Kolesterol HDL ni adalah kolesterol baik yang bantu kita sihat,
Yang dikatakan kolesterol JAHAT tu adalah kolesterol LDL.

Kolesterol ini lah yang mengakibatkan punca-punca tekanan darah tinggi, strok, sakit jantung dan KEMATIAN.

Kolesterol tidak boleh larut dalam darah kecuali jika ia bergabung dengan protein khas yang dipanggil lipoprotein. Kolesterol yang dirembeskan oleh hati ke dalam darah boleh bergabung dengan lipoprotein ketumpatan amat rendah (VLDL) atau lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL).

Kolesterol LDL yang terhasil daripada metabolisme kolesterol VLDL dalam aliran darah, dikenali sebagai kolesterol ‘jahat’ manakala kolesterol HDL dikenali sebagai kolesterol baik.

Lipoprotein LDL menyebabkan kolesterol melekat pada dinding arteri, menyebabkan pembentukan bahan keras dan tebal yang dipanggil plak kolesterol. Lama-kelamaan, plak kolesterol menyebabkan dinding arteri menebal dan saluran arteri semakin sempit, satu proses yang dipanggil atherosclerosis.

Bila arteri koronari menyempit disebabkan atherosclerosis, ia tidak mampu membekalkan darah dan oksigen secukupnya kepada otot jantung. Kekurangan oksigen ke otot jantung menyebabkan dada sakit, juga ketulan darah dalam arteri yang menyebabkan saluran itu tersumbat dan membawa kepada kematian otot jantung (serangan jantung).



BAGAIMANA NAK CEGAH DAN RAWAT SEMULA SALUR DARAH?
=======================================================

1. OMEGA GUARD

Pengambilan Omega Guard secara konsisten dapat membantu anda 'cuci' plak-plak yang melekat pada salur darah dan mencuci kolesterol baru yang mungkin terlepas dari penapisan oleh Phytocol -ST




2. PHYTOCOL-ST

Supplemen keluaran Shaklee yang terbaru ini membantu menyekat endapan kolesterol yang diambil dari pemakanan seharian. Jadi, pengambilannya setiap hari mencegah pemendapan kolesterol.

Kombinasi 2 produk ini bantu anda SINGKIR dan CEGAH ENDAPAN kolesterol.



SID YANG SEDIA MEMBANTU

Suriati / Azraie 889338
013-4331835
FB : www.facebook.com.my/sidsuria


http://ms.wikipedia.org/wiki/Kolesterol

Wednesday, 5 November 2014

Istimewanya Omega Guard Shaklee

OmegaGuard Shaklee adalah minyak ikan terbaik di dunia. Kandungan nya 3 kali lebih tumpat dari minyak hati ikan. Jadi, mesti ada keistimewaan kepada pengamalnya kan?
Apa yang OmegaGuard boleh bantu anda?


1. Omega 3 mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita
2. Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan
3. Mencegah salur darah dari tersumbat
4. Omega 3 dapat mengelakkan strok
5. Mengekalkan tekanan normal darah
6. Membantu kurangkan masalah ketegangan urat leher
7. Mengurangkan sakit kepala
8. Merendahkan kolestrol
9. Omega 3 dapat mencegah pembekuan darah dalam badan
10. Kekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL
11. Mengawal masalah obesiti dan kegemukan
12. Mengurangkan risiko penyakit jantung
13. Sangat bagus untuk ibu hamil - membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin
14. Meningkatkan perkembangangan memori janin dan kanak-kanak
15. Meningkatkan sistem imun tubuh dan sangat bagus untuk kesihatan kanak-kanak
16. Membantu sihatkan paru-paru
17. Omega 3 memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema, psoriasis, dll
18. Mengurangkan demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE (lupus erythematosus)
19. Omega 3 membantu memperbaiki penyakit buah pinggang
20. Membantu menentang kanser paru-paru, payudara, kanser prostat dan kanser kolon.
21. Membantu meningkatkan kesihatan hati selepas pembedahan
22. Membantu pankreas pesakit kanser berfungsi dengan lebih baik
23. Memelihara fungsi-fungsi sendi
24. Mencegah penyakit gout




Ada lagi.... untuk kesihatan otak pula 


1. Mencegah insomnia (nyanyuk)
2. Mengurangkan tekanan emosi
3. Mengurangkan kemurungan dan kebimbangan
4. Membantu memperbaiki masalah autism dikalangan kanak-kanak
5. Membantu memperbaiki masalah kanak-kanak hyperactive
6. Mengurangkan masalah schizophrenia
7. Masalah lupa pada wanita yang telah melahirkan anak












SID yang sedia membantu
Azraie / suriati 889338
SMS /Wassup :- 0134331835 
FB page :- www.facebook.com/sidsuria 
COD : Batu Gajah, Ipoh, Kampar 

Tuesday, 4 November 2014

Omega 3 dan kehidupan manusia

Ramai yang tahu MINYAK IKAN kan... selalunya ibu bapa yang paling mengenali minyak ikan ni sebab selalu beri minyak ikan pada anak. Betul kan?
Tapi tahu tak bukan kanak-kanak sahaja yang perlukan minyak ikan ni.. semua golongan perlu...

Minyak ikan tu aper? Minyak yang goreng ikan tu ker? Siapa pernah makan nasi dengan minyak goreang ikan? Saya pernah tau.. masa zaman kanak-kanak dulu, minta mak letakkan minyak goreng ikan ni dalam nasi panas... tak de lauk lain pun tak pe, janji ada minyak goreng ikan... oppsss dah kelaut nih..

Minyak ikan yang nak dicerita disini adalah OMEGA 3.

Tahu tak asid lemak Omega 3 ini tidak boleh dihasilkan oleh tubuh manusia. Jadi dari mana nak dapatkan sumber Omega 3 ni? Dari makanan yang kita makan seharian tu la yer... tapi makanan yang mana ada asid lemak yang bagus ni? Omega 3 yang datangnya dari sumber tumbuhan tidak boleh ditukarkan kepada DHA dan EPA secara berkesan oleh tubuh badan.

Ok, meh kita cari apa sumber Omega 3... searh goooogleee.. tup.. tup..

Sumber Omega 3
=============

1. Ikan Salmon
2. Telur
3. Kacang 'walnut'
4. Ikan tuna
5. biji rami
6. Biji chia
7. Kacang soya
8. sayur bunga kubis
9. minyak canola
10. Bayam




Oh banyak jugak yer sumber makanan yang ada Omega 3. Agak-agak la kan, mahal tak sumber-sumber ni kalau kita ambil hari-hari? 

Ok, paling sedap IKAN SALMON.. sehiris ikan ni berapa yer harganya?  Kalau masak, Omega 3 tu akan susut tak? Kita tahu tak berapa Omega 3 yang kita dapat dari ikan ni?
Banyak sangat persoalan nya yer... Ishh.. susah-susah jer...

Gini lah senang cerita. Ambil jer Omega Guard Shaklee.. terang-terang dah bekal hampir 1000mg Omega 3 setiap hari ( 3 kapsul sehari yer ). 
Apa istimewa sangat OmegaGuard Shaklee ni yang duk sibuk-sibuk nak promote ni?







So, apa pilihan anda?






SID Yang Sedia Membantu
Azraie / Suriati 889338
013-4331835
FB page : www.facebook.com/sidsuria



Friday, 31 October 2014

Suplemen? Perlu ker saya ambil suplemen?



KENAPA BADAN KITA MEMERLUKAN SUPLEMEN?

Suplemen? Apa tu?
Suplemen adalah makanan tambahan yang mengandungi zat tertentu yang membantu tubuh melengkapkan zat yang diperlukan. 
Zaman dulu 'glamour' ke suplemen? Kenapa zaman sekarang orang sibuk-sibuk ambil suplemen?
Ini alasan yang patut anda tahu. .KENAPA SUPLEMEN PENTING!!!!

  •  Badan kita memerlukan dos vitamin yang lebih tinggi dari apa yang boleh dibekalkan daripada makanan. Contohnya Vitamin C dan Vitamin Eyang diperolehi daripada makanan sahaja tidak mencukupi untuk member kesan pencegahan dan anti penuaan 
  • Buah-buahan dan sayur-sayuran yang ditanam dikawasan yang kurang subur mengandungi kandungan khasiat, vitamin dan mineral yang kurang berbanding buah-buahan dan sayur-sayuran yang ditanam di tanah yang subur

  • Penggunaan racun perosak, racun serangga dan baja kimia mempengaruhi kualiti buah-buahan dan sayuran
  • Zat makanan mudah hilang semasa proses pengangkutan, penyimpanan dan penyediaan seperti memasak
  • Pengambilam pil penahan sakit, laksatif, ubat-ubatan dan antibiotic boleh mengganggu penyerapan zat makanan. 
  • Amalan diet yang tidak sihat, pengambilan kafein, makanan yang berlemak, berkolesterol tinggi,garam dan gula berlebihan mengganggu penyerapan nutrien dari makanan
  • Gaya hidup dan trend masakini yang sibuk dan tekanan atau stress yang tinggi menyebabkan ramai yang tidak menghiraukan pengambilan makanan yang sihat dan lebih gemar makanan segera
  • Rakyat Malaysia gemar makan kerana rasa, bukan kerana khasiat sesuatu makanan.






Rakan SID Anda
SID Azraie / Suriati 889338
013-4331835


Thursday, 28 August 2014

Kalsium oh Kalsium... Kenapa syor OsteMatrix?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Seperti mana yag kita tahu zat kalsium sangat penting untuk tubuh badan manusia.

Kalsium adalah sejenis mineral yang mampu menguatkan tulang dan perlu diambil setiap hari. Ini kerana tubuh kita membuang sejumlah kecil kalsium setiap masa sebelum digantikan dengan kalsium yang baru dalam proses dinamakan ‘permodelan semula tulang’.

Perlu diingat, kalsium juga disingkirkan daripada badan menerusi proses semula jadi seperti rambut gugur, kuku, peluh dan kulit mati.

Sekiranya jumlah kalsium yang disingkirkan lebih banyak berbanding yang digantikan, tulang menjadi lemah secara perlahan-lahan dan terdedah kepada risiko mudah patah. ( sumber HMetro)




BERAPA KEPERLUAN KALSIUM HARIAN KITA?
=======================================





OSTEMATRIX- SUMBER KALSIUM TERBAIK.. KENAPA?
==============================================

Shaklee ada menyediakan produk KALSIUM yang boleh bantu anda melengkapkan keperluan kalsium harian. OSTEMATRIX mengandungi zat-zat penting yang membantu penyerapan KALSIUM secara maksima



Mana-mana yang beri manfaat, elok dikongsi bersama kan?

~Suriati / Azraie 889338 ~
#Shakleeeffect





Monday, 18 August 2014

Sumber Vitamin B yang lengkap dan seimbang


Sumber Vitamin B yang lengkap dan seimbang




Kita memerlukan vitamin dan mineral untuk mengekalkan kesihatan. Antara vitamin yang kita perlukan untuk kekal sihat adalah vitamin B kompleks.
Vitamin B kompleks adalah merupakan gabungan dari beberapa vitamin yang larut air. Komponen B kompleks terdiri daripada:

1. B1 (thiamin)
2. B2 (riboflovin)
3. B3 (niacin)
4. B5
5. B6 (pyridoxine)
6. B12 (cobalamine)
7. Acid folic
8. Asid panthothenic
9. Biotin

Setiap komponen dalam vitamin B kompleks memiliki fungsi khusus. Vitamin ini membantu dalam fungsi sistem pertahanan tubuh dan saraf yang sihat. Ia juga membantu dalam penghasilan sel darah merah dan mampu mencegah anemia.
Kekurangan vitamin B kompleks boleh melemahkan sistem saraf dan mengganggu fungsi otak yang mana akan meningkatkan lagi risiko penyakit jantung. Kekurangannya juga boleh menyebabkan pembentukan sel abnormal dan boleh mengakibatkan anemia.
Selain itu, kekurangan vitamin B kompleks juga dikaitkan dengan masalah seperti depresi dan kehilangan memori. Terdapat beberapa keadaan di mana kekurangan vitamin B kompleks akan menimbulkan masalah kesihatan seperti keletihan, sesak nafas, insomnia, kurang konsentrasi dan mudah tersinggung

KELEBIHAN VITAMIN B KOMPLEKS

1. Menghasilkan tenaga dan berperanan dalam membantu kemampuan berfikir.
2. Mengelakkan penyakit beri-beri.
3. Merangsang pertumbuhan pada kanak-kanak.
4. Diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut.
5. Penting untuk sirkulasi dan fungsi normal sistem saraf.
6. Mencegah stress.
7. Menguatkan antibodi tubuh.
8. Amat penting untuk aktiviti sel genetik.
9. Diperlukan dalam pembentukan protein asid amino.
10. Diperlukan untuk memproses dan perbaikan sel-sel darah merah.
11. Mencegah anemia.


KELEBIHAN VITAMIN B KOMPLEKS UNTUK KANAK-KANAK
1. Merangsang pertumbuhan.
2. Meningkatkan kemampuan berfikir.
3. Memberikan tambahan tenaga.


KELEBIHAN VITAMIN B KOMPLEKS UNTUK ORANG DEWASA
1. Menambah tenaga.
2. Mengurangkan stress.
3. Melambatkan proses uban di rambut.
4. Membantu meningkatkan konsentrasi.


KELEBIHAN VITAMIN B KOMPLEKS UNTUK IBU MENGANDUNG
1. Amat diperlukan untuk pembentukan dan aktiviti sel genetik.
2. Mencegah anemia (tekanan darah rendah).