Wednesday, 31 December 2014

Anak nombor 2 - Pengalamanku (1)

Tahun 2014 sudah hampir penghujungnya.

Ya, anugerah yang tak terhingga nilainya dapat saya nikmati pada tahun ini. 
Sebahagian dari AZAM 2014 dimakbulkan Allah.
Salah satu darinya, si kecil yang baru menjangkau 4 bulan umurnya.

Jika anda pernah membaca kisah saya yang lalu, saya seorang ibu yang mengalami masalah hormon tidak stabil. Masalah period terganggu kira-kira 3 tahun selepas kelahiran anak pertama.
Ketika itu berat badan mulai naik dengan mendadak. Dari 70 kg meningkat sehingga 87kg. Ya Allah, tembam dan berisi sangat... huhu.

Rawatan? Ya, ada jalani rawatan di hospital. Saya diberi ubat hormon... tapi saya tak tahan kesan sampingan nya tu... MIGRAIN.

Jadinya saya berazam untuk mula turunkan berat badan. Kebanyakan doktor sarankan saya turun berat untuk normalkan semula hormon.

YES, dengan turunkan berat dan juga amalkan GLA Complex dan juga DOA mohon pada Allah, saya hamil pada awal tahun 2014. Sesungguhnya tiada terucap dek kata-kata... Syukur sangat.



Anda nak tahu apa yang saya dan suami amalkan dalam usaha kami untuk menambahkan zuriat?

Isteri 
=====

GLA Complex





B-Complex



Suami
======

Zinc Complex




CoqHealth




Saya dan suami merancang, Allah yang menetukan segalanya. 


~ Produk ini tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet.Ia bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.~





Monday, 15 December 2014

Alhamdulillah, kembali bertugas

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua....

Cuti 3 bulan tak terasa, sekejap aje masa berlalu.
Seronok duk rumah melayan karenah anak-anak.
Hari ni mula bertugas, tapi hati ni tak keruan memikirkan si kecil yang ditinggalkan dengan pengasuh.

Semoga Qaisara baik-baik jer.... tak meragam..