Tuesday, 6 January 2015

Betapa mudahnya Western Union - Pelangganku dari Indonesia

Pertama kali mengendalikan pelanggan dari Indonesia.
Sebelum ni hanya terima permintaan dari tempatan sahaja. Alhamdulillah, Allah luaskan rezeki ku.

Pada mulanya agak kekok, macam mana nak bankin duit yer... 2-3 hari jugak la pusing sana pusing sini.
Mujurlah pelanggan kali ni, insan yang biasa berbisnes luar negara. Dia yang tunjuk ajar. Ya Allah, malunya.. hehehe.

Untuk memudahkan urusan jual beli, Western Union yang saya rasakan agak mudah. Tak perlu akaun bank pun.




Mudah sesangat. Maklumat yang penting diperlukan adalah

1. First Name :-
2. Last Name :-
3. No K/P :-
4. Alamat :-
5. No Phone:-

Pelanggan hanya perlu ke cawangan Western Union, isi borang dengan maklumat yang diberi.
TAPI... kena bawa wang lebih sket la, kadang2 rate matawang turun naik.
Ada cas juga yang dikenakan untuk penghantaran wang.

Apabila dah selesai, akan ada satu nombor MTCN. Kira macam nombor rujukan gak la. Nombor ini yang akan digunakan untuk kita ambil wang di mana-mana cawangan Western Union nanti.

Pengalaman saya, pegi pejabat pos, isi borang terima wang Western Union, bagi IC terus proses.

MUDAH...

dan anda perlu tahu nama penuh penghantar wang tersebut.. ( huhu pernah tersilap nama.. naib baik lepas )



No comments:

Post a Comment