Monday, 26 January 2015

Menjemput Rezeki - Belanja makan orang yang tengah lapar

Percayakah anda?
Salah satu kaedah untuk kita MENJEMPUT REZEKI adalah dengan memberi orang makan..

Saya ni bukanlah pakar dalam membincangkan tentang kaedah ini, tapi melalui pengalaman saya,
SAYA YAKIN dan PERCAYA rezeki Allah kurniakan kepada saya.

Satu hari, saya ada mesyuarat di Cyberjaya, so disebabkan jauh sangat, dan kekangan masalah kenderaan, saya ke sana dengan rakan pejabat yang bertugas sebagai pemandu. Alhamdulillah, encik Indra ni baik orangnya... ikut aje apa yang saya minta dan sampai ke tempat yang dituju pun selamat dan tepat.

Lepas habis mesyuarat, masing-masing lapor ni, belum makan tengahari pun.. so, kami singgah la di RnR Sg Buloh..
Nak makan KFC katanya.. ok saya ikutkan ajer..
Masa nak order tu saya dah pesan,
"Encik Indra, saya yang bayor tau..." Dia sedalih-dalih tak mau...
Bila saya keluar ayat POWER!!!
"Encik Indra, biar saya yang bayar... saya pun nak murah rezeki jugak..." Hehe.. terdiam dia tapi senyuman tak lekang..

alhamdulillah, atas DOA dia, petang itu saya dapat order dari Indonesia!!!
Ya Allah, berganda-ganda dari jumlah yang saya keluarkan untuk dia makan tadi..

Esoknya, sejuta ucapan terima kasih saya ucapkan pada dia... tersenyum ler kawan...
Alhamdulillah... katanya...

Kadangkala rezeki yang datang tanpa kita sedar... sesungguhnya SEDEKAH itu pembuka pintu rezeki kita..
Rezeki yang datang bukanlah hanya DUIT semata-mata, tapi nikmat sihat, nikmat lapang, nikmat gembira dan bahagia... macam-macam lagi lah..
So, peringatan untuk saya dan juga anda...

JANGAN KEDEKUT BERSEDEKAH!!!




No comments:

Post a Comment