Monday, 17 August 2015

Bengkak Susu - Sakitnya...

Siapa pernah alami bengkak susu? Bagaimana rasanya?

Bengkak susu ni selalunya terjadi pada minggu pertama selepas bersalin. Masa ni payudara gigih hasilkan susu dan pada masa yang sama pengaliran darah ke payudara juga banyak.

Apabila bayi kurang menyusu, susu terkumpul dan mengakibatkan bengkak. Tapi, perkara ini bukan lah kekal lama.. apabila bayi menyusu, bengkak akan surut.

Bagaimana nak merawat bengkak susu?

Pertama, ingatlah bahawa payudara bengkak adalah tanda yang positif, iaitu anda sedang menghasilkan susu untuk menyusui bayi anda, dan tidak lama lagi, dengan bantuannya, anda akan menghasilkan jumlah yang sesuai. Sehingga itu:

  • Pakailah coli menyusu yang memberi sokongan, termasuk pada waktu malam. Pastikan ia benar-benar padan dan tidak terlalu ketat.
  • Susukan bayi anda dengan kerap, iaitu setiap dua atau tiga jam, walaupun anda terpaksa mengejutkan bayi anda daripada tidur. Pastikan bayi anda menyusu daripada kedua-dua belah payudara pada setiap penyusuan. Cuma pastikan sebelah yang pertama tadi telah dihisap sepenuhnya sebelum memberikan yang sebelah lagi. Pada sesi penyusuan yang berikutnya, mulakan dengan sebelah payudara yang terakhir dihisap.
  • Mungkin sukar untuk bayi anda melekap pada payudara anda apabila areola, iaitu kawasan kulit gelap disekeliling puting, sangat keras. Untuk memastikan bayi anda melekap dengan betul, perah dengan tangan atau pam susu keluar sehingga areola menjadi lembut. Satu cara untuk memudahkan pengeluaran susu ialah dengan meletakkan tuala panas di dada, ataupun mandi dengan air suam sebelum memerah. Air suam mandian itu sendiri mungkin boleh menyebabkan susu keluar dengan sendirinya dan dapat melembutkan areola. Ini mungkin akan memakan masa. Sabarlah, dan teruskan mencuba!
  • Jika buah dada adalah terlalu penuh dengan susu, menggunakan pam sekali-sekala untuk mengeluarkan susu berlebihan adalah elok dan tidak akan memburukkan keadaan. Penghasilan susu yang berlebihan hanya akan berlaku jika si ibu mengepam lebih daripada keperluan bayinya sedangkan bayi itu sudah menyusu dengan baik.
  • Semasa bayi sedang menyusu, urut payudara yang sedang dihisapnya perlahan-lahan. Ini dapat membantu pengaliran susu dengan lebih lancar dan turut melegakan sedikit ketegangan dan ketidakselesaan pada payudara.
  • Sesetengah wanita mendapati, meletakkan daun kubis segar pada payudara boleh membantu melegakan kesakitan, walaupun tiada bukti untuk menyokongnya. Daun kubis itu mungkin ada kesan penyejukkan tetapi ia tidak dapat mengubati penyebab sebenar payudara bengkak iaitu susu tidak dikeluarkan daripada payudara dengan efisien.
  • Jika anda tidak dapat menahan sakit, anda boleh ambil ubat tahan sakit seperti parasetamol.
  • Pandang ke hadapan. Anda akan melepasi fasa ini dengan cepat dan tidak lama lagi dapat menikmati hubungan penyusuan dengan bayi anda yang sedang membesar.
TAHUKAH ANDA, LECITHIN DAN OMEGA GUARD SHAKLEE boleh bantu redakan masalah BENGKAK SUSU?

Seperti yang kita tahu, Lecithin adalah pengemulsi lemak. Makanya, lemak susu ibu itu diuraikan kepada molekul lebih kecil untuk memudahkan pengalirannya.

Pengambilan 2 kapsul, 3-4 kali sehari boleh bantu ibu-ibu meredakan masalah ini.


OMEGA GUARD PULA?
Omega Guard membantu mengurangkan radang bengkak. Melancarkan perjalanan darah dipayudara. Lagipun ia mengandungi DHA yang baik untuk otak bayi. 
 
Bengkak susu
Ibu-ibu sekalian... pengalaman menyusu bayi paling seronok kan? Seeloknya, susui lah bayi anda sehingga usianya 2 tahun. inshaAllah, imunisasi dari susu ibu dapat bantu menjaga kesihatan anak anda.

===============================
SID Suria / Azraie 889338
0135260075

No comments:

Post a Comment