Monday, 24 August 2015

Pengalaman ku Berpantang Dengan Shaklee

Assalamualaikum dan selamat sejahtera rakan-rakan..

BERPANTANG... ini adalah masa yang amat penting bagi ibu-ibu lepas bersalin. KENAPA?
Pemulihan selepas bersalin amat penting kerana ketika proses melahirkan, banyak tenaga dan sel-sel darah kita telah hilang kan...

Waktu inilah ibu-ibu memerlukan penjagaan rapi untuk pulih semula.

APA SET BERPANTANG PILIHAN ANDA?

Saya nak share pengalaman saya, beza berpantang anak sulung dan anak kedua.

Ketika anak sulung, masa tu tak bekerja, suami pun just kerja kontrak kilang... nak belanja mahal untuk berpantang memang tak terpikir pun.. so just ambik jamu bidan kampung.

Anak pertama kena jaundis agak tinggi, warded hospital 1 minggu... masa tu tak reti apa sangat kan.. puting breast pecah.. huhu peritnya nak menyusukan anak. Nurse cakap, baby kena kerap menyusu untuk cepat turunkan bacaan kuning tu.. tapi susu badan memang takde.. puas picit-picit tadah dalam sudu.. memang dapat sesudu pun tak sampai.. ya Allah... menangis ajer la...

Masa di Hospital tu pun, sakit perut nak membuang, toilet nun jauh ke hujung... berteleku dalam toilet hampir 1 jam... susahnya nak membuang... jenuh meneran.. huhuii.. anak dah melalak kat katil.. nak tak nak... simpan niat nak duk lama lagi dlm tandas.


Ketika berpantang anak nombor 2, saya mula mengenali Shaklee.. apa yang saya ambil?
Vitalea, B-Complex, Ostematrix, Vitamin C, Zink.. semua set ini saya continue dari set hamil dulu, kecuali Zink tu share-share dengan suami.
Selain tu, ada juga minum air jampi bertungku.. ini mak mertua ambil dari seorang makcik, kiranya macam bidan kampung la jugak.



APA BEZANYA?
Masa anak kedua lahir, kurang sangat rasa pening atau loya.. sebab lepas jer besalin (dah masuk wad la kan..) saya ambil B-complex dan Ostematrix...
Bersalin kul 2.30 petang, dalam kul 4 lebih masuk wad... kul 6 petang mandi.. berjalan ke bilik air takde terasa pening-pening.. nurse pun tanya gak, takde rasa nak rebah ker? Alhamdulillah...


Esoknya balik rumah... terus memerut ( buang air besar ).. mula-mula takut gak la kan... terkepit2 je... hehe.. rupanya tak payah nak teran sesangat.. lancar je keluar... tak sampai 1/2 jam pun.. alhamdulillah..

Anak nom 2 ni ada juga jaundis tapi tak tinggi pun... cuma check 2-3 hari jer... cepat turunnya.. .apa taknya menyusu sakan... air susu memang banyak.. alhamdulillah... lagipun produk Shaklee saya ambil ni boleh diamalkan walaupun anak ada jaundis..

Kalau korang nak tahu, saya ni jenis tak duk diam... lepas 2 hari keluar wad, huiii terus balik umah mertua di Gerik. Berpantang kat sana dalam 10 hari sebab nak mengurut..
Lepastu, terjah balik Pahang.. kih kih... sebab nak buat kenduri cukur jambul... duk dalam 5 hari je rumah mak.. balik pulak ke Batu Gajah... tak sempat seminggu duk rumah, balik Gerik pula... 3- 4 hari lepas tu balik ke rumah balik sebab si kakak dah start sekolah... haahha.. mak mertua dah geleng kepala..

BENTAN? itu yang paling mak mertua risau... dah gaya berpantang atas jalan raya jer..
Saya takde rasa letih pun sepanjang berpantang kali ni... Muka pun tak de pucat-pucat. .sampaikan mana-mana jiran yang datang tengok macam orang tak berpantang.. cergas semacam..

Sampai sekarang saya masih amalkan set Shaklee ni.. yang penting anak saya puas menyusu... inshaAllah, akan teruskan penyusuan ibu sehingga 2 tahun..

=======================================================================



SID Suria / Azraie 889338
FB : su.s.sally
Wassup : 0135260075


Desclaimer : Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

No comments:

Post a Comment