Monday, 4 January 2016

5 Sebab Kanak-Kanak Perlu Makanan Tambahan

Adakah anda kanak-kanak di zaman 80-an?

Ya, saya lahir di zaman itu... Saya ni lasak sikit orang nya.... mungkin persekitaran mempengaruhi..
Saya tinggal di persekitaran kampung... anak PENEROKA FELDA...
Parit... longkang... paya... memang kawasan permainan paling best... mencari ikan pelaga... huiiiisss...Tak kira lelaki perempuan.. sama naik katanya...

Cuba anda lihat zaman sekarang... banyak tak perbezaan cara hidup dan aktiviti kanak-kanak...
Zaman sekarang lebih banyak ke arah moden... gajet... betul kan?
Adakah cara dan gaya hidup sekarang mempengaruhi kesihatan anak-anak?
Pendapat saya, YA.... Alasannya?

1. Aktiviti harian - kurang aktiviti yang melibatkan kecergasan. Lebih banyak santai bermain Video Game dan Gajet
2. Pemakanan - Lebih gemarkan makanan segera seperti makanan ringan, Ayam Goreng, Pizza
3. Pencemaran - Pencemaran alam semakin bertambah parah sekarang ni... Asap kilang, pencemaran air, asap kenderaan, toksin..


Disebab kan faktor-faktor ini, kanak-kanak digalakkan untuk diberi makanan tambahan bagi meningkatkan imun badan.

==============================
5 Sebab Kanak-kanak Perlukan Supplement
==============================

1. Pemakanan yang tidak Seimbang

Anak-anak kadang kala suka memilih makanan. Tak suka sayur, tak suka ikan... kadang kala nasi + kicap sahaja. Manakan datang nya zat dan vitamin? Faktor ini boleh menyebabkan pertumbuhan terbantut.

2. Hidang makanan segera

Ibu ayah bekerja... nak mudah bagi makanan segera pada anak. Ayam goreng, pizza, burger... mudahkan.. anak pun suka... sedap betul tak? Makanan sebegini kadangkala mengandungi garam yang tinggi, lemak tinggi, penambah perisa, pewarna tambahan..

3. Gaya hidup anak

Zaman dulu ibu ayah tak berasa bimbang nak bebaskan anak bermain diluar rumah. Zaman sekarang pantang keluar pintu rumah, banyak bahaya yang datang. Tambah pulak kes penculikan. Lebih sanggup beri anak bermain gajet dan menonton TV dalam rumah. Disebabkan itu kanak-kanak kurang aktif dan kebanyakan nya menjadi OBESITI kerana aktiviti pembakaran kalori kurang.

4. Pencemaran Alam

Persekitaran kita sekarang ni semakin tak sihat. Asap, debu, gas beracun dan pencemaran air semakin berleluasa. Ini boleh mengakibatkan sistem imun badan semakin merosot.

5. Kebersihan dan khasiat buah-buahan dan sayur-sayuran terjejas.

Buah-buahan dan sayuran yang sekrang ni berada dipasaran dikuatiri mengandungi bahan kimia dan baja yang merbahaya. Kita boleh lihat sayuran menghijau cantik tanpa kesan ulat.. Buah besar dan manis. Berkemungkinan diletak baja untuk tumbesaran. Kita yang amalkan juga boleh mendapat kesan bahan kimia tersebut.


Faktor-faktor ini lah yang harus kita pandang untuk memastikan kesihatan anak kita terjamin. Supplement bantu bekalkan nutrisi yang tidak mencukupi dan bantu tingkatkan sistem imun badan mereka.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@






No comments:

Post a Comment